Gathering Raya Blogger Ganu 2019

Asssalamualaikum,

Gathering Raya Blogger Ganu 2019

Salam 27 Syawal. Ada yang masih beraya? Mingu ni tak ada dah jemputan open house. Tapi minggu lepas berderet-deret jemputan open house. Termasuklah Jumaat baru ni. Yaya berkesempatan turut serta gathering raya blogger ganu kiter.


Terima kasih kepada tuan rumah, www.ceritahuda.com 
Terima kasih juga buat sisgee.com

Yaya kira dua orang blogger ini orang kuat yang mengusul dan mengumpul blogger ganu supaya dapat beraya bersama-sama. Kami semua pernah bersua sebelum ni dalam satu event, jadi Yaya tak adalah rasa kekok mana. Tapi kalau tak diwujudkan bersua kali pertama, mana mungkin terjadi pertemuan kedua. Kalau belum pernah jumpa pun sebelum ni, memang Yaya teringin sangat nak kenal blogger-blogger yang selalu bertegur sapa di facebook, di instagram. Apatah lagi kalau blogger sama negeri..lagi lah teruja!




Kami sepakat membuat potluck juadah. Yaya bawa bihun goreng tomyam dengan keropok keping. Yaya hutang resepi bihun goreng tomyam dengan Huda, nanti Kak Yaya share resepi ye Huda..hihi.

Huda dah sediakan mee bandung Muar, nasi beringin Johor makan dengan rendang ayam dan juga mee sup dan istimewa air mangga belakang rumah. Hihi..Banyak betul menu tuan rumah sediakan. Semua sedap-sedap. Kali pertama Yaya makan mee bandung Muar, serius kena betul dengan citarasa Yaya..suami yaya pun suka.

Blogger Sis Gee pula dengan dessert nona manis, Blogger Shada dengan kek batik, Blogger Dedeq bawa apam polkadot comel. Dessert sedap-sedap semua, memang jadi tumpuan anak-anak. Ini je lah blogger yang mampu hadir..yang lain tak berkesempatan kali ni.
antara juadah
Kaum bapa dan anak-anak...suami Yaya dan suami Gee xdak..menyembang kat port lain. hihi

Geng bloger mak-mak menyembang bukan membawang ye..

Antara kenangan yang tak boleh lupa gathering kali ni..adik Wazif tertukar ibu! Yaya dan Huda pakai baju sama warna, tanpa syak wasangka dipeluknya Huda..peluk kiri..peluk kanan..sampailah Yaya panggil dia. Bila toleh terkejut dia tengok ibu dia yang panggil..Hahha..

Dah jumpa depan-depan ni terasa semakin mesra..Insya Allah sama-sama kita doakan semakin terjalin ukhuwah sesama blogger Ganu. Insya Allah selepas ni kita jumpa lagi ye..cipta kenangan manis banyak-banyak.. Bulan Ogos nanti nak gather-gather lagi kan uolss..hihi

Terima kasih sudi baca.



16 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. best sesekali boleh jumpa!joms plan next gathering!!hehe

    ردحذف
  2. Meriahnya.. Bagusnya semua blogger bersatu eratkan silaturrahim

    ردحذف
  3. Macam mana boleh salah ibu pulak ni😂. Baguslah ada gathering macam ni. Boleh eratkan hubungan antara blogger.

    ردحذف
    الردود
    1. ye lah..selama ni komunikasi kut alam maya je kan. dapat jumpa mcm ji seronok.

      حذف
  4. Wah bestnya, akk pun blogger ganu juga w/p suam2 kuku wehehe..

    ردحذف
  5. bagusnya..selaian dapat kenal2, dapat juga eratkan silaturrahim

    ردحذف
  6. mutakhir ni saya sangat makan kuih yang warna hijau di tengah putih tu. apa nama kuihnya, saya lupa.

    best kan dapat gathering bersama blogger. Penang Komuniti blogger dah senyap je sejak ada FB...

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم