Assalamualaikum,
Breakfast Roti Binjai Legend , Kampung Buluh, Kuala Berang.
Ada sesetengah orang memang suka mencuba kedai makan yang berbeza-beza. Walaupun jauh dari rumah itu bukan halangan. Apatah lagi yang viral, mesti rasa nak pergi dan cuba sendiri kan. Yaya rasa Yaya terkecuali kut..haha..yelah, Yaya asyik pergi kedai sama je...biasa makan di kedai yang dah sejalan nak balik rumah..tak adalah kena pusing lalu jalan lain..semua kena ambil kira...nanti kalau jauh-jauh sampai rumah dah pukul berapa.
Tapi hari Jumaat baru ni, weekend dah kat sini. Yaya ajaklah suami pergi sarapan roti binjai legend. Mertua pun tahu pasal warung ni..dorang kata ada masuk tv..tapi Yaya baru tahu, itu pun ada oficcemate bercerita..rupa-rupanya dah viral tahun lepas lagi..kesian Yaya..kesian kesian..haha.
Pukul 7.30 bertolak dari rumah..setengah jam juga perjalanan. Setengah jam tak disia-siakan. Peruntukan juga sedikit masa bersoal jawab dengan adik Wazif..Sabtu ni adik Wazif ada ujian pemilihan ke tahun 1 2020.
Tak susah mencari warung roti binjai legend ni. Jalan yang sama nak ke Air Terjun Sekayu..tapi air terjun tu jauh lagi ke depan. Tengok map warung terletak bersebelahan dengan padang bola Kampung Buluh, Kuala Berang. Kami sampai lebih kurang 8 pagi, masih ada banyak meja kosong. Benda viral tahun lepas..ko pergi tahun lain memanglah begitu lah keadaannya..haha..tapi pengunjung tak putus..makin lama makin ramai..lewat korang breakfast ye..haha..
Roti binjai legend ni sebenarnya roti keramat. Orang ganu sebut kayu khamak je awak oi..Dah kenapa pula boleh dapat nama roti binjai? Binjai tu kan sejenis buah? Dari video di bawah korang dah boleh agak kenapa diberi nama roti binjai..
Roti keramat binjai boleh dimakan macam tu atau kuah disediakan. Ada 4 pilihan kuah, kari ayam, sambal bilis, kari daging atau kari kambing. Kami tak try kari kambing. Tapi yang lain tu serius sedap semua kuah. Sampai bertambah tak cukup kuah..hihi.
Roti binjai legend ni sebenarnya roti keramat. Orang ganu sebut kayu khamak je awak oi..Dah kenapa pula boleh dapat nama roti binjai? Binjai tu kan sejenis buah? Dari video di bawah korang dah boleh agak kenapa diberi nama roti binjai..
Roti Binjai Legend
Tak kenyang sekadar roti bijai? Jangan bimbang..ada banyak lagi ni pilihan makanan. Nasi lemak, nasi goreng, mee goreng ada.
Mula-mula kami order 6 biji roti keramat binjai. Suami ambil juga 2 ketul pulut gaul nyiur, sepinggan bihun, dan sepinggang mee goreng bersama telur mata. Lepas tu tambah lagi 5 biji roti keramat. Dengan air milo kosong 2, teh tarik 1 dan air suam 2..Kuah cicah sambal bilis 2, kari ayam 2, kari daging 1, semuanya RM34.00. Akak kedai tu kira atas kertas je..bil tak ada..warung kampung biasalah macam ni kan. So Yaya tak tahu lah harga terperinci setiap makanan dan minuman.
Boleh bayar guna QRPAY..canggih gitu..tapi kami bayar guna cash je..hihi.
Sekian cerita kami jalan-jalan cari makan.
Terima kasih sudi baca.
Roti binjai ni nampak macam roti Puri yang selalu ada kat mamak tu tapi yang mamak makan dengan kari tapi yang ni dengan variasi seperti sambal bilis. Nampak sedap sangat.
ردحذفNampak sedap ini. Kalau Naim lalu di sini, akan singgah. Terima kasih kerana review ini. Semoga happy selalu
ردحذفbaru tau pasal roti binjai ni..ehhee..namapk gebu dan besar ye..memng dalam dia kosong je erk..wah...
ردحذفNampak menarik dan sedap je roti binjai nie. Rawlins tertarik pula dengan pelbagai jenis kuah yang ada. Rawlins pun bukan penggemar kambing gak hahaha
ردحذفamboi payment dia canggih tau haha. sedapnya tak pernah try lagi roti binjai. teringinnya nak rasa tapi jauh pulak. takpe kalau lalu area sini nanti wajib singgah
ردحذفThat Maybank QR thing is definitely a bomb! SUka kalau kedai-kedai dah start terima e-wallet sbb kadang-kadang kita bawak cash x cukup hahaha
ردحذفRoti binjai tu mcm roti arab je klau mkn kt mersing ni. Dia kosong je dlm dia.. Nama dia roti binjai sebab bentuk dia macam buah binjai ke?
ردحذفI have not try roti binjai yet it looks so tempting. Oh wow mode of payment memang advanced wei, i have the app also jadi can go there cashless.
ردحذفMacam puri pulak sis tengok. tak pernah rasa lagi roti binjai ni...cam mana lah ya rasa dia. Nak try gak le satu hari. Kat kl ni kat mana aada ekkk? Perghhh kedai tu canggih betoi, leh pakai qpay tu..hehehe
ردحذفMenarik...dan best juga blog sangat ringan untuk di ekses.
ردحذفohh baru tau pasal roti binjai kat situ..nampak mcm menarik laa, dgn dekat pulak dgn area air terjun tu kan mesti best hehe..dia punya payment method pon canggih ye, mengikuti peredaran haha bagussslaa tuu! nice sharing!
ردحذفmacam menarik je breakfast roti binjai. best juga maka kat warung macam ni asyik kafe hipster je kan. kadang2 makanan legeng ni lagi sedap.
ردحذفPerghhhh tengok pun tahu kesedapannya. Kalau ke sini bolehlah singgaj. Port wajib ni hehehe
ردحذفSaya tak pernah dengar lagi tentang roti binjai.
ردحذفJalan-jalan cari makan, Mouse mommy pun selalu buat gini dengan ank2. Suka makan makanan yg best!
ردحذف