Berkunjung Ke Karnival Kewangan Terengganu 2019

Assalamualaikum,

Semalam Yaya sempat berkunjung ke Karnival Kewangan Terengganu. Semalam hari kedua karnival. Karnival ni berlangsung 3 hari tau..meriah..ramai betul pengunjung.  Tapi mujurlah kawasan parking kereta luas..boleh parking di kawasan parking Stadium Sultan Mizan yang berhadapan  dengan hotel Tabung Haji. Dan ada buggy berserta pemandu disediakan yang berulang alik mengangkut pengunjung dari kawasan parking ke hotel.

Sebelum ni Yaya ada share mengenai press release di Bank Negara Malaysia, cawangan Terengganu. Boleh baca di SINI. Jadi, inilah kemuncak acara. Karnival Kewangan yang ditunggu-tunggu, julung kali diadakan di Pantai Timur.


Bermula dari kaunter pendaftaran. Yaya daftar guna QR Code..isi sedikit maklumat diri, dah siap isi secara online boleh tunjuk kepada petugas. Dapatlah 'passport'. Pasport ni dibahagian belakang disediakan ruangan kumpul cop. Nanti boleh tebus hadiah di kaunter penebusan dan layak untuk sertai cabutan bertuah.

Alang-alang round booth, kumpul cop dapat la tebus payung. Banyak betul dapat free gift dari setiap booth. Nak dapatkan info tentang takaful, insurans, perbankan dan bantuan kewangan ini lah masa yang sesuai. Semua agensi berkumpul di bawah satu karnival. Di booth Bank Negara disediakan khidmat untuk menyemak CCRIS dan daftar E-CCRIS. Alhamdulillah rekod CCRIS Yaya cantik!

FREE GIFT

Pelbagai perkhidmatan seperti pembukaan akaun bank, khidmat nasihat, mempelajari tips-tips dan ilmu pengurusan kewangan. 

Pengunjung pula dari pelbagai lapisan. Rombongan pelajar sekolah, pelajar universiti, belia-belia dan ramai yang datang berkeluarga. Menariknya karnival ni, setiap lapisan pengunjung akan dapat pelbagai info yang bersesuaian. Anak-anak kecil didedahkan dengan menabung dan mengenali mata wang Malaysia.

Orang ramai juga mendapat pendedahan mengenai modus operandi jenayah kewangan iaitu Skim Cepat Kaya, ada juga talk untuk elak diri dari terjebak pinjaman wang dengan Along. Industri kewangan dan perbankan ni sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan kita seharian. Banyak lagi kita tak tahu tentang perkhidmatan yang diberikan.

Salah satu booth yang menarik perhatian Yaya ialah OFS (Ombudsman For Financial Services) ataupun Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK). Yaya rasa ramai yang tak tahu mengenai OPK. Yaya cerita sikit kat sini ye.. OPK ni ialah saluran alternatif yang menyelesaikan pertikaian kewangan di antara individu ataupun perniagaan kecil dengan anggota OPK iatu bank, syarikat insurans/takaful, institusi kewangan pembangunan, pengeluar instrumen pembayaran, broker insurans/takaful dan juga penasihat kewangan. Contoh, kalau merasakan diri menjadi mangsa dalam tuntutan insuran boleh failkan pertikaian kepada OPK. OPK akan menyelesaikan pertikaian kewangan secara adil dan efektif. Menariknya, perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.




Yaya juga sempat dengar pocket talk Inspirasi Usahawan Muda Berjaya bersama Caprice. Terinspirasi mendengar kisah Caprice. Pertama kali Yaya jumpa Caprice depan-depan macam ni. Dah la dia bagi talk tu jarak hanya selangkah dengan Yaya..terkedu pula jadinya..haha.


Sudut kanak-kanak juga disediakan. Banyak aktiviti di sini. Anak-anak Yaya teruja dapat buat wang kertas sendiri. Ada juga aktiviti mewarna, kenali wang palsu dan game susun block. Sukalah kanak-kanak beraktiviti di sini.









Di karnival ini buat pertama kali Yaya try guna QR Code dalam apps Maybank2u..haha.. Sebelum ni perasan ada icon tu tp tak tau nak guna. Ada staff dari Maybank terangkan tentang QR Code ni. Yaya terus register dan guna. Beli air kalau guna cash kena bayar RM4..tp guna QR Code dapat diskaun.. tolak RM1 je dari akaun. Selepas ni kalau pergi shopping mudahlah..kalau ada nampang QR code tak perlu keluarkan debit kad, scan sekejap je selesai transaksi.


Ni pula duit syiling Malaysia siri ketiga. Yaya dapat lepas jawab soalan dari DJ Radio THR Gegar. Soalan simple je..Bila Bank Negara Malaysia ditubuhkan? Sempat sangat nak google cari jawapan. haha.. Jadilah dapat ni, tanda kenangan berkunjung ke Karniwal Kewangan Terengganu 2019.


Keseluruhannya Yaya sekeluarga memang berpuas hati dapat berkunjung ke Karnival Kewangan Terengganu. Semoga karnival seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap. 


#KarnivalKewangan
#KarnivalKewanganTerengganu
#KarnivalKewanganKT
#KualaTerengganu

4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. tak pernah pegi Karnival Kewangan. hihi.. menarik ya lagi2 kalau tahu bab2 pelaburan islamic. itu yang penting..

    ردحذف
  2. Harap lepasni ada lagi anjuran karnival macamni. Best sangat!

    ردحذف
  3. kadang2 rajin gi karnival macam ni sebab nak collect free gift tu je..hahahahah

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم