Asssalamualaikum & hai uolss,
Bila jatuh di Inderaloka tu geng Upin & Ipin terpisah jadi 2 kumpulan. Upin dan Ipin tak duduk dalam satu kumpulan. Memang terasa sedihnya bila ada babak masing-masing teringat satu sama lain. Dah nama kembar kan..sentiasa bersama.
Semasa mereka mencari rakan-rakan yang lain ni lah masing-masing terjumpa dengan Mat Jenin, Belalang dan Pak Belalang. Kehadiran keris siamang tunggal di tanah Inderaloka dapat dirasakan oleh Raja Bersiong. Raja Bersiong ni takutlah kedudukan dia akan tergugat. Mat Jenin, Belalang dan Pak Belalang cuba melindungi geng Upin dan Ipin ni.
Ada satu babak Belalang kikis-kikis bontot kuali jadikan kopi. Terkekek-kekek anak-anak yaya tengok Belalang bancuh kopi bontot kuali. Haha. Dialaog antara Belalang dan Pak Belalang pun banyak yang lucu. Teringat pula cerita Nujum Pak Belalang. Hihi.
Filem: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Genre: Pengembaraan, Fantasi, Kekeluargaan
Pengarah: Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, Ahmad Razuri Roseli
Penerbit: Les' Copaque Production Sdn Bhd
Klasifikasi: Umum
Tempoh Tayangan: 1 jam 40 minit
Barisan Pelakon: Asyiela Putri, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf, Ernie Zakri dan lain-lain.
Sinopsis:
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menceritakan tentang Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti, dan usaha mereka untuk menyelamatkan kerajaan Inderaloka yang fantastik dari Raja Bersiong yang jahat. Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersandung pada keris mistik yang membawa mereka terus ke dalam kerajaan.
Ketika cuba mencari jalan pulang, mereka tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke kemuliaan mantannya. Dengan bantuan Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi pelbagai halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi dan lucu.
Ulasan Ringkas Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Minit pertama sudah membuatkan anak-anak Yaya ketawa, melihat Upin & Ipin mengejar ayam jantan yang melarikan sebelah selipar Upin. Rasanya ayam yang sama, Si Rambo tu lah..hihi. Kejar mengejar berakhir di stor Tok Dalang. Tok Dalang meminta Upin & Upin menolong membersihkan stor. Kemeja Tok Dalang terkena najis ayam. Semasa ketiadaan Tok Dalam untuk menukar baju, kawan-kawan Upin & Ipin datang untuk ajak bermain. Mereka sepakat untuk membantu Upin & Ipin mengemas stor supaya kerja jadi cepat siap. Tiba-tiba sebuah peti bergegar. Mereka membuka dan melihat ada keris tanpa bilah. Mereka membaca perkataan yang tertera pada keris dan akhirnya mereka disedut masuk ke dalam peti membawa ke sebuah tempat bernama Inderaloka.
Bila jatuh di Inderaloka tu geng Upin & Ipin terpisah jadi 2 kumpulan. Upin dan Ipin tak duduk dalam satu kumpulan. Memang terasa sedihnya bila ada babak masing-masing teringat satu sama lain. Dah nama kembar kan..sentiasa bersama.
Semasa mereka mencari rakan-rakan yang lain ni lah masing-masing terjumpa dengan Mat Jenin, Belalang dan Pak Belalang. Kehadiran keris siamang tunggal di tanah Inderaloka dapat dirasakan oleh Raja Bersiong. Raja Bersiong ni takutlah kedudukan dia akan tergugat. Mat Jenin, Belalang dan Pak Belalang cuba melindungi geng Upin dan Ipin ni.
Ada satu babak Belalang kikis-kikis bontot kuali jadikan kopi. Terkekek-kekek anak-anak yaya tengok Belalang bancuh kopi bontot kuali. Haha. Dialaog antara Belalang dan Pak Belalang pun banyak yang lucu. Teringat pula cerita Nujum Pak Belalang. Hihi.
Dalam pada dorang nak selamatkan diri daripada Re, Ri dan Ang (Reriang) - makhluk suruhan Raja Bersiong sampailah mereka ke satu pelabuhan. Di pelabuhan ni lah ada timbul watak Ibu Tanggang, Mek Min Ketua Lanun dan kisah todak menyerang Singapura.
Di pelabuhan tu juga mereka berjumpa dengan Nakhoda Ragam. Nakhoda Ragam ni kalau korang perati hensem betul walaupun sekadar kartun animasi. Haha. Babak Nakhoda Ragam menyanyi tu betul-betul menceriakan panggung. Bertenaga betul suara Fakhrul Razi menyampaikan lagu OST filem Keris Siamang Tunggal ni iaitu Keris Sakti.
Ada diantara geng Upin dan Ipin ni kena culik dengan Reriang. Nak tak nak Upin & Upin bersama Mat Jenin dan Nakhoda Ragam kena berdepan dengan Raja Bersiong. Dalam perjalanan tu sampai ke satu tempat di mana Bawang Merah terperangkap akibat fitnah Bawang Putih. Cantik betul kawasan ni.
Mula-mula Yaya pelik juga kenapa Bawang Putih yang jahat? Macam terbalik pula kan. Kelainan perlu ada ada tapi mesej tetap sampai. Suami Yaya sebut tentang hati dan kemaafan selepas tamat menonton filem ini. Betul sangat..melihat bagaimana akhirnya Ibu tanggang yang menyesal kerana menyumpah anaknya menjadi batu dan akhirnya memberikan kemaafan. Melihat Bawang Merah yang sekian lama terperangkap, kerana hati yang tak dapat memaafkan Bawang Putih, air kolam pun turut kering dan akhirnya selepas mengucapkan kata maaf Bawang Merah bebas dari sumpahan dan air kolam mula penuh. Sangat menyentuh perasaan semasa babak ni. Suara Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju-Laju pun sedap sangat!
Keris Siamang Tunggal yang tanpa bilah tu juga akan mengeluarkan bilah sedikit demi sedikit terutama selepas kemaafan terucap. Ada juga babak Batu Belah Batu Bertangkup. Selama ni yang kita tahu Batu Belah ni telan orang kan. Sampai mak yang merajuk dengan anak pun merelakan dirinya ditelan. Huhu. Dalam movie ni korang akan dihidangkan Batu Belah dengan pandangan berbeza.
Akhirnya, Raja Bersiong bertarung dengan seekor makhluk yang sangat hodoh. Yaya persoalkan juga kenapa watak makhluk baik tu hodoh betul. Apabila suami Yaya bagi tahu 'itulah Siamang...nak hensem macam mana lagi?' muahahha...setepek kena..nak yang hensem aje. Hahaha.
Bagaimana kesudahan?
Kenapa Raja Bersiong takut sangat dengan Keris Siamang Tunggal?
Siapa sebenarnya Mat Jenin yang kuat berangan ni?
Siapa pula Nakhoda Ragam?
Apa kesudahan Upin & Ipin dan rakan-rakan? Bagaimana mereka kembali ke dunia sebenar?
Nak tahu bagaimana kesudahan kenalah tonton sendiri filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Berapa Rate Untuk Upin & Ipin Keris: Siamang Tunggal?
Disebakan anak-anak Yaya enjoy, anak-anak buah Yaya enjoy, mak ayah pun turut enjoy jadi Yaya bagi 4.9 out of 5 stars!
*0.1 star Yaya simpan sebab tak nampak muka Opah dan Kak Ros. Hihi.

Saya tak tengok lagi. Tak tahu lagi akan pergi tengok ke tak😅
ReplyDeleteni ada anak-anak..nak tak nak diajaknya jugak!
Deletescroll laju2 sebab tak nak baca...hahahahah...kene pi tengok dulu, lepas tu baru baca review ni.. :p
ReplyDeletehahaha..sikit je spoiler ni..
DeleteBest sgt. Saya & husband yg excited bila meneka nama2 watak dlm tu. Kami pergi tanpa baca apa2 updates ttg movie ni. Mmg zero sinopsis. Tu yg best. Tp musykil Mek Min tu saper? Dan kenapa Raja Bersiong x boleh sebut nama Keris Siamang Tunggal dgn betul, especially perkataan 'Tunggal' tu.
ReplyDeletetak dapat nak dikenal pasti siapa mek min tu..
DeleteRaja Bersiong tak dapat sebut betul2 sebab ada taring..susah nak sebut huruf 's'..hihi
kalau filem lagenda bawang merah bawang putih, memang merah yang baik. sinetron yang tukar putih tu baik.
ReplyDeleteoo..jadi kita ikut lagenda kita lah kan..
Delete