Assalamualaikum,
Resepi Kek Batik Nestum
Kredit resepi: Facebook (Maizatul Nadiah Othman)
Bahan-bahan:
Kek Batik Nestum Mudah Dibuat Dan Sedap! | Yaya buat kek batik nestum ni masa cuti hari umum Hari Ulang Tahun Pertabalan DYMM Sultan Terengganu beberapa hari lepas. Kalau dah rasa nak makan memang usaha buat la kan.
Yaya jarang dah buat kek. Dulu-dulu suka sangat lah buat pelbagai kek, kuih-muih. Tapi bila buat sendiri kek ni sebenarnya boleh timbul rasa gerun nak makan. Korang akan tahu betapa banyak gula yang dipakai, susu berapa banyak. Buat air nak guna gula 5 sudu besar pun dah berkira-kira. Tapi bila buat kek gula secawan. susu dah setin..ada guna minyak secawan, butter lagi..makk oiii..memang pinta potong kaki la. Hahaha. Dulu boleh la buat kek kontrol makan sikit-sikit..ni anak-anak dah pandai..lagi ada lagi nak makan. Tak bagus untuk anak-anak. Tak nak lah ajar makan manis-manis dan banyak pewarna.
Macam kata tadi..kalau dah mari teringin tu..hmm...redahkan aja. Haha. Sekali-sekala je ni. Ni pun cari resepi dari facebook. Yaya cari resepi yang guna susu lebih kurang separuh tin je. Ada guna satu tin tau. Fuh! I kenot brain! Haha! Yaya tau resepi kek batik ni memang tak dapat nak 'disihatkan'..memang begini resepinya. Kek batik pun lama sangat dah tak buat. Dulu pernah update di blog resepi kek batik agar-agar polkadot. Yang tu lah yang terakhir kali buat.
Kek batik guna resepi ni hasilkan kek yang lembut. Memang sedap bagi Yaya. Jom semak resepi!
RESEPI KEK BATIK NESTUM MUDAH DIBUAT! |
Resepi Kek Batik Nestum
Kredit resepi: Facebook (Maizatul Nadiah Othman)
Bahan-bahan:
- 250 gm unsalted butter
- 2 peket biskut Marie (original) - 300gm/peket - (sekeping patahkan 4)
- 1 cawan milo
- 1/2 cawan serbuk koko - yaya guna dalam suku cawan je.
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan air
- 3 biji telur
- 1 cawan nestum
- Secubit garam
- Cairkan butter, guna api perlahan.
- Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sampai tak ada ketul-ketul.
- Masukkan susu pekat, telur dan tambahkan air.
- Kacau sampai sedikit pekat. (jangan terlajak pekat ye).
- Tutup api dan masukkan secubit garam.Tambahkan nestum. Gaul sebati.
- Masukkan biskut sedikit demi sedikit . Gaul rata.
- Padatkan dalam loyang yang dilapik plastik atau dalam bekas yang sesuai, boleh taburkan sedikit nestum di permukaan.
- Sejukkan semalaman. Kalau tak sabar 3-4 jam boleh dah nak potong.
Akak memang failed bab buat kuih...kalau masak lauk pauk akak ok...hahaha..
ردحذفKegemaran kami sekeluarga ni. Sekali hadap..
ردحذفsedapnya kek batik! :)
ردحذفresepi kegemaran setiap masa! sebabnya memang senang nak dibuat. hehehehe
ردحذفSedapnya kek batik ..Terliur nad ..
ردحذفContest Anniversary 7 Years Miss Nadya
Saya tak pernah lagi makan kek batik. Lagipun kurang minat sangat makanan yang terlalu manis.
ردحذفiyeeee...sebenarnya kita yang buat kek ni selalu gerun tengok berapa banyak susu pekat manis dalam kek tu...tapi bila fikir balik, ooo saiz kek tu besar, so memang padan la...makan pun bukan sebiji kek...sepotong sepotong je..gituhhh sedapkan hati..hahahaha
ردحذفnak suruh wife buat utk minum ptg la...
ردحذفfavourite nih!!
ردحذفAnak2 akk suka sgt ni, tapi biasa akk buat tak letak telur dan nestum tu, rasa nak try gak letak nestum tapi taknak letak telur, hehe.
ردحذفTulah tu YY.... mmg seram tengok sukatan gula dalam kek dan kuih muih ni kan. Tu yg tak nak buat tu alasan sangat hahaha.... padahalnya malas...Bukan apa, kang kitalah yg jadi tukang habiskan, last last kita lak yg kena potong kaki hahhaa
ردحذفterbaek. nak cuba buat la nanti..
ردحذفsedap nyer. tq for sharing resepi.
ردحذفaida x pernah buat tau kek batik ni.
suka makan jer :) ha ha ha...
kalau bulan puasa, surely beli ni.