CARA SEBENAR UNTUK MENIKMATI KUACI

Assalamualaikum,

Yaya suka sangat makan kuaci. Ralit dibuatnya. Selagi tak habis tak boleh berhenti. Tak ada maknanya nak simpan untuk hari esok. hahaha. Kalau rasa nak mengunyah, kuaci lah yang Yaya cari. Eh, ada side effect tak ni makan kuaci banyak-banyak?

7-Eleven Select memperkenalkan produk terbaru antaranya kuaci. Didatangkan dengan tiga perasa. Kuaci pun ada perasa tau. Design pada packaging yang sangat menarik.  Korang boleh cuba kuaci yang ada rasa krim mentega, karamel mahupun kuaci berempah.

Yaya dah cuba ketiga-tiga perasa. Mula-mula beli yang krim mentega. Rasa light saja krim mentega tu, karamel pun sama. Perasanya tidaklah sampai menghilangkan rasa sebenar kuaci. Takut-takut juga nak cuba kuaci berempah, ingatkan ada rasa pedas macam kari  tapi sedap rupanya. Nak tahu kena cuba sendiri lah. Hihi.


CARA UNTUK MENIKMATI KUACI
Ada cara ye untuk menikmati kuaci. Kupas kulit kuaci dengan gigi anda dan nikmati isinya. Pesanan penting, jangan makan kulit kuaci!

Korang jangan macam-macam ye gigit kuaci tu. Sila ikut arahan yang tertera. Hahahhaha.




5 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Makan kuaci ni ralit..hehehehe..syok..sedar-sedar dah habis lagi kalau ada kawan-kawan..laju je macam pertandingan..

    ردحذف
  2. abah aida suka naw makan kuaci :)
    seplastik tu, abah aje abiskan.

    ردحذف
  3. kalo kat bintulu, ade satu jenis kuaci ni yang family suka sangat...bila saya dan adik balik semenanjung, mesti nak bawak balik sekali..atau kalau ade family dari kampung nak datang sini, mesti nak kirim kuaci tu...tapiii da lamaaa sangat tak balik kampung! boleh la ke 7E try kuaci ni..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم