BANK NEGARA MALAYSIA MENGANJURKAN KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU DI TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE DARI 4 – 6 APRIL | Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan karnival Kewangan Terengganu bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus dari 4 - 6 April 2019. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangandalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur.
Bertemakan ''Utamakan Keperluan Kewangan anda'', Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans/takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerahan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.
Karnival Kewangan Terengganu adalah kolaborasi bersama Pejabat-Pejabat Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
Bersama Datin Arlina Ariff , Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia |
Karnival mesra keluarga ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk forum perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, Pocket Talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan pengacara, Mat Dan dan Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.
Aturcara penuh Karnival Kewangan Terengganu |
Taklimat kewangan yang disediakan:
a) Link dan Anda
> Hak dan tanggungjwab pengguna
> Kepentingan perlindungan takaful
> Aduan penyelesaian kewangan
> ePembayaran
b) Jenayah Kewangan
> Skim Cepat Kaya
> Macau Scam
c) Kenali Wang Anda
> Tips mengenali wang palsu
d) Pengurusan Kewangan
> Tips menabung
> Mengurus hutang dan perbelanjaan
Perkhidmatan kewangan yang disediakan:
a) Cetakan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS
b) Aduan dan bantuan penyelesaian kewanagan
c) Pembukaan akaun
d) Menyertai polisi takaful
Siri jelajah juga turut dianjurkan untuk mempromosikan karnival yang bertajuk Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula 18 hingga 31 Mac 2019 sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama 3 hari.
11 Lokasi Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan Terengganu
NO. | NEGERI | DAERAH/BANDAR | LOKASI | TARIKH |
---|---|---|---|---|
1 | PAHANG | GAMBANG | DEWAN ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG | 18 MAC |
2 | PAHANG | JENGKA | DEWAN SEMAI BAKTI, FELDA JENGKA 11 | 19 MAC |
3 | TERENGGANU | DUNGUN | DEWAN ORANG RAMAI, KETENGAH JAYA 1, BANDAR KETENGAH JAYA | 20 MAC |
4 | TERENGGANU | KUALA NERUS | DEWAN GEMILANG, UNISZA KAMPUS GONG BADAK | 24 MAC |
5 | TERENGGANU | KUALA NERUS | DEWAN AUDITORIUM MAHYUDDIN UMT TERENGGANU | 24 MAC |
6 | TERENGGANU | SETIU | DEWAN MAJLIS DAERAH SETIU SG TAROM | 25 MAC |
7 | TERENGGANU | BESUT | DEWAN MAJLIS DAERAH BESUT, KG GONG KEMUNTING | 26 MAC |
8 | TERENGGANU | HULU TERENGGANU | DEWAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU | 27 MAC |
9 | TERENGGANU | MARANG | DEWAN MAJLIS DAERAH MARANG | 28 MAC |
10 | KELANTAN | KOTA BHARU | KOMPLEKS BALAI ISLAM, LUNDANG | 21 MAC |
11 | KELANTAN | PENGKALAN CHEPA | DEWAN UTAMA, UMK, KAMPUS KOTA | 31 MAC |
Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-6220571
Yaya Azura, alangkah baiknya kalau diadakan di Seremban.
ردحذفLZ suka dengan info mengenai pengurusan kewangan dan yang berkaitan..
Karnival begini elok diluaskan ke semua negeri, terbaik BNM!
menarik karnival macam ni...boleh dedahkan lebih banyak info tentang kewangan kepada masyarakat
ردحذفterbaek.. menarik karnival camni :)
ردحذفBagus ni boleh educate rakyat betapa pentingnya pengurusan kewangan
ردحذفHusniey mari follow sini kak yaya.. 😍
www.husnieyhusain.com
#1242