Resepi Donut Susu Sedap Tanpa Shortening Dan Bread Improver | Hujung minggu akan menjadi hari yang terlebih rajin. Cuma pada hujung minggu akan terjadi acara minum petang. Hari biasa nak buat minum petang memanglah tak sempat. Sampai rumah pun dah lewat petang.
Jumaat lepas Yaya buat donut. Kerap juga buat donut cuma sejenis Yaya ni susah nak ingat resepi. Mesti kena buka kitab masakan. Kali ni yaya ambil resepi dari facebook. Yaya mencari resepi donut yang tidak menggunakan 'shortening' ataupun nama lainnya lemak sayuran. Shortening ni bukan sentiasa ada stok di dapur. Satu lagi yaya mencari resepi donut yang tidak menggunakan bread improver. Kalau bahan-bahan yang nak digunakan agak payah, baiklah beli saja donut, tak perlulah nak homemade. Hihi. Maksud Yaya bukannya payah nak mendapatkan shortening ataupun bread improver cuma benda jarang guna. Sedar-sedar dah expired. Ke tong sampah akhirnya.
Tapi resepi yang digunakan ni tetap menghasilkan donut yang gebu, kekal lembut walaupun dah sejuk sebab menggunakan pelembut semulajadi. Jom semak resepi.

Donut Susu Dengan Salutan Gula+Nestum+Susu Tepung |
Resepi Donut Susu Tanpa Shortening Dan Bread Improver
Kredit : Azlina Ina
Menghasilkan lebih kurang 30 biji donut size sederhana.
Bahan-bahan:
Bahan A ( starter )
1/2 cawan air
1 sudu besar tpg gandum
*satukan bahan dan masak atas api perlahan hingga pekat - sejukkan
Bahan B
1 cawan air suam
1 paket mauripan ( 11g )
2 sb susu pekat manis
2 sb gula
2 sb butter / marjerin
*satukan bahan-bahan B dalam bekas , biarkan ia berbuih dan di tutup.
Bahan C
4 cawan tepung high protein /tepung gandum
4 sudu besar susu tepung
Sedikit garam.
*satukan bahan-bahan C dalam mangkuk besar , gaul rata.
Bahan D
2 sb starter ( bahan A )
1 biji telur
1/4 cawan air sejuk
1. Campurkan bahan D kedalam mangkuk berisi bahan C , tuangkan sedikit sedikit adunan B , sambil menguli sehingga menjadi doh yg tidak melekat di jari.
2. Rehatkan doh dan tutup , biarkan doh naik 2 kali ganda.
3. Bila doh dah kembang , tumbuk perlahan bagi mengeluarkan angin.
4. Ambil doh dan timbang seberat 40g setiap satu. Buat sampai doh habis. Kemudian rehat kan lagi selama 20 ke 30 minit sehingga doh mengembang sekali ganda.
5. Panaskan minyak dengan api perlahan , (jangan terlalu panas) ambil doh dan leper kan sedikit , lubangkan di tengahnya dan goreng donut hingga masak sepenuhnya.
6. Bila doh dah suam2 baru salutkan bersama gula icing + susu tepung.

Cara-cara membuat donut susu:

Donut Susu, Sedap! |
Yaya skip untuk langkah 4. Yaya terus canai nipis doh. Terap menggunakan mug untuk dapatkan bentuk bulat. Lepas tu terus yaya buat lubang di tengahnya menggunakan penutup botol lada sulah. Hihi.
Istimewanya donut yang Yaya buat kali ni..untuk salutan yaya tambah nestum kisar. Gula + nestum + susu tepung di blend bersama. Memang bertambah sedaplah rasa donut.
Cubalah buat. Dapat lebih kurang 30 biji. Goreng separuh masak. Simpan dalam peti ais. Lain hari, boleh goreng bagi anak buat bekal ke sekolah.
Sedapnya.Sebab PC pun suka makan donat.Lagi satu muai..adunnya sikit tapi boleh dapat banyak biji.
ReplyDeletejimat kan..resepi untuk ahli keluarga yang ramai.hihi
Deletedonat2 kalooo gebu lembut ni daap..!! pastu suka kalo salut gula icing daripada gula biasa..
ReplyDeletebetul betul. rasa berbeza kalau guna gula icing.
Deletesedap ni..:)
ReplyDeletesedapppp, nak cuba juga... tp kena cari yis dulu coz mrs pip mmg tak pandai buat kuih2 yg guna yis ni ...tapi nak cuba juga resepi ni ...so, done bookmark.
ReplyDeletewowww boleh cuba ni nanti!
ReplyDelete