Assalamualaikum,
Langkah-langkah permohonan:
PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 2020/2021 | Khas untuk mereka yang mempunyai anak berusia 6 tahun dan 5 tahun pada tahun ini. Pendaftaran secara online untuk ke tahun 1 2020 / 2021 akan dibuka bermua 1hb Mac 2019.
Anak Yaya, Wazif akan ke tahun 1 pada 2020. Yaya dah daftarkan Wazif ke sekolah kebangsaan pilihan pada tahun lepas. Jadi tahun ini tunggu semakan ataupun tunggu surat tawaran dari sekolah. Tapi abang Wafiq dulu pihak sekolah telefon untuk ambil surat tawaran menduduki peperiksaan. Lepas tu baru dapat surat tawaran kelayakan.
Satu lagi pesanan, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan buku kesihatan anak sebelum melayari portal https://public.moe.gov.my . Ini kerana ada ruangan perlu diisi berkenaan jenis-jenis vaksinasi dan tarikh vaksin diambil.
Pendaftaran Online Murid Tahun 1 2020 / 2021 |
Langkah-langkah permohonan:
1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online yang akan dibuka bermula 1hb. Mac 2019. Boleh layari https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
4) Dokumen yang diperlukan - sijil lahir anak (salinan + asal) - kad pengenalan ibu bapa (salinan - surat nikah / cerai (salinan + asal) - bil yang mempunyai alamat tempat tinggal - sampul surat standard dan setem - laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan - semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah .
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera .
good info :)
ReplyDelete