Masalah 'This Site Can't Be Reached'

Assalamualaikum,

This site cant' be reached | Sebelum tidur semalam, nak la jenguk-jenguk blog. Yaya guna handphone. Tapi ini pula yang keluar.


This site can't be reached

This site can't be reached
www.yayaazura.com's server IP address could not be found.
Try running Windows Network Diagnostics.
DNS_PROBE_FINISHED_NXDOMAIN

sebelum tu ada keluar error lain, ERR_NAME_NOT_RESOLVED
tapi masalah utama tetaplah www.yayaazura.com's server IP address could not be found.

Sungguh la Yaya tak paham..ape mende lah ni.. try buka blog di Laptop. Pun sama keluar macam tu juga. Guna chrome tak boleh, firefox pun tak boleh. 

Tapi teringat pula kat blog OM..ada baca post dia pasal baru tukar domain guna servis NetKL. Yaya pun guna servis NetKL juga. Kebetulan pula URL OM ni senang betul nak ingat. Laju je Yaya taip ombakbergigi.com. Pun sama , keluar macam tu juga, site can't be reached dengan error yang sama. Maknanya bukan masalah chrome, firefox lah. Problem tang lain lah ni..so tidur dulu lah.

Pagi ni check lagi sekali. Masih tak boleh nak baca blog. Tapi sign-in blogger boleh je..sedih betul pageview semalam menjunam teruk. Pageview pagi ni kosong kosong kosong.

Termangu diriku..(sila baca dengan menyanyi .. sangkut pulak dengan lagu Manisnya Rindu - Slam)

Betul-betul tak tau nak buat apa. Teringat semalam suami pesan, esok esok cuba tanya dengan NetKL.

Pagi ni Yaya hantar emel kepada support team Net KL berserta capture snapshot macam dalam gambar atas tu..


Dalam seminit dapat balasan emel automatik daripda NetKL maklumkan dah terima aduan. Bila dah terima aduan ni Net KL 'open ticket'. Satu ticket ID diberikan. Ni tak ada apa pun, cuma korang bole tengok progress permasalahan sampailah selesai. Last akan jadi 'close ticket'. Masalah selesai dan tutup kes. Hihi.

Berbalik pada masalah Yaya.

Selepas 1 minit dapat balasan emel automatik tu yaya cuba search blog Yaya. Eh, dah boleh buka.
Lega sangat-sangat. Tak sampai 5 minit problem yaya selesai. Status ticket tak berubah pun lagi. Mungkin ada lain-lain hal lagi yang NetKL sedang selesaikan. Tapi yang penting dah boleh reach dah blog ni. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, sekiranya berdepan dengan masalah 'This Site Can't Be Reached', Mungkin IP address korang kena block. Cuba korang buat step-step di bawah :

1) sila buka website guna browser lain (eg. Mozilla, Chrome, IE, etc)
2) kalau tak boleh juga, sila OFF kan modem internet & PC anda, pastu, ON kan semula
3) kalau tak boleh juga, sila minta kawan2/family buka website anda guna internet mereka sendiri
4) kalau tak boleh juga, sila capture snapshot (apa yg anda/kawan anda lihat di skrin), dan hantar ke support@netkl.com


InsyaAllah, Net KL akan selesaikan.


9 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Hi Yaya, semalam memang ramai dapat masalah yang sama kan..ramai cuak dan panik semalam..kalau akak..memang akan panik la..lepas ni tau dah nak buat apa

    ردحذف
  2. Samalah. Blog syaza pun tak boleh nak buka. Semalam dah email netkl tup-tup terus okay. Tapi hari ni jadi lagi 😔 Rasanya kena hantar email lagi kat netkl.

    ردحذف
  3. ooo.petang semalam masih bole bukak lagi ye..malam tadi yang tiba2 jadi gitu ek..

    ردحذف
  4. td OM citer masalah ni kat abam kie. terus abam kie suruh dia buat aduan je kat netKL. Syukurlah blog sudah boleh diakses...

    ردحذف
  5. ada baca jugak ni.
    bertabah la kan kalau berlaku.
    gabra!

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم