Cara yang betul nak lekatkan suction tray yang dibeli di kedai ECO

Cara yang betul nak lekatkan suction tray yang dibeli di kedai ECO | Sebut saja kedai RM2.10 atau kedai ECO mesti semua tahu kan. Kedai saka ni..adik beradik dengan Mr.Diy, Daiso.  Keluar kedai susah sangat lah tangan nak kosong. Mesti terbeli juga satu dua barang. Ye lah satu dua barang,  2 3 plastik besar penuh semua. Tersampuk saka sudah. Haha.



Suction tray kedai ECO

Siapa yang penah masuk kedai ECO..mesti pernah ternampak benda alah ni.

Suction Tray Kedai ECO



Mesti ada yang naik bosan nak pasang suction tray ni kan. Baru je lekat di mozek, dah jatuh semula. Berulang kali pasang dan jatuh, mesti geram juga. Silap gaya masuk tong sampah lah bekas ni.


Tunggu, jangan buang! Ada cara efektif nak lekatkan bekas eco ni.

Ye..ada caranya. Selama ni silap teknik pasang. Patutlah tak melekat lama. Yaya nak kongsikan rahsia lekatkan suction tray kedai ECO.



Pastikan permukaan rata. Basahkan mozek dengan sedikit air. Sebelum lekatkan bekas, bekas hendaklah ditarik ke atas. 


Dah dilekatkan pada mozek. Kemudian barulah diturunkan semula bekas yang ditarik tadi.


Dah tak jatuh lagi. Walaupun ditanggalkan untuk dibersihkan..selepas dilekatkan semula tetap tahan lama.

Walaupun hanya RM2.10, tetap berbaloi beli suction tray ni.



6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kadang tu bukan dah pasang jatuh...siap pecah lagi...ni dah tau cara moga2 dah tak jatuh.

    ReplyDelete
  2. ada yang share siap cucuh sikit dengan api tapi tak ingat tu untuk suction ni ke untuk jenis pelekat..

    ReplyDelete
  3. oooo macma tu..patut la SA buat tak melekat..hahaha...ok..boleh betulkan semula...

    ReplyDelete
  4. terbaik, selalu benda2 ni memang menaikkan darah sebab asyik la terjatuh :D

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post