Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss...
Amalan 'mahal' yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan. Tidak kira apa jua peperiksaan boleh dimalkan.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Mudah saja untuk diamalkan.
- Sebaiknya berwuduk dahulu
- Ambil segelas air kosong
- Baca Surah Al A'la
- Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air
- Sambung bacaan hingga akhir ayat
- Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan
Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah Taala.
tq yaya for sharing this.
ردحذفaida da bookmark.
nak share dgn anak2. semua nya nak peksa besar.
termasuk la utk aida sendiri.
maklumla, dlm bekerja pun kita setiap hari belajar kan.
ada kala lupa jugak :)