2019, apa yang diharapkan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss..

2019. Tahun beralih lagi. Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua readers. Sesi persekolahan 2019 pun dah bermula hari ini. Abang Wafiq dan adik Wazif sangat teruja nak ke sekolah. Rindu kawan-kawan kata mereka. Yaya tanpa sedar semalam tahun telah bertukar kepada 2019. Biasalah tak ada sambutan ambang tahun baru bunyi bunga api semua tu..tak ada..malam berlalu seperti biasa. Yaya semalam sedang membaca artikel viral mengatakan akan ada asteroid jatuh ke bumi dijangka Februari 2019. Peristiwa ini dikaitkan pula dengan peristiwa Ad-Dukhan yang telah dinyatakn dalam Al-Quran.

Tanda Kiamat:
Munculnya Ad-Dukhan. Munculnya asap pada akhir zaman merupakan salah satu tanda kiamat besar yang ditunjukkan oleh dalil Al-Kitab dan As-Sunnah.
Dalil-dalil tentang hal ini dari Al-Qur`an adalah:
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ. يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.” (Ad-Dukhan: 10-11)
Menakutkan.

Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia  pula meramalkan akan berlaku taufan Siklon Tropika. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan pada 1hb Januari. 

Juga amaran hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dalam tempoh Rabu, 2 Januari 2019 sehingga Khamis, 3 Januari 2019.

Membaca berita-berita ini sedikit menggusarkan. Kalau terlalu difikirkan tak jadi kerja lah jawabnya. Kiamat itu pasti. Kiamat terdekat adalah mati. Ini yang perlu dipersiapkan.

Yaya harapkan kedatangan 2019 semakin mendekatkan yaya dengan maha pencipta. InsyaAllah yaya berazam menjadi bertambah baik dari segala segi.
  • menjadi hamba yang bertambah baik kepada Maha Pencipta
  • menjadi isteri yang bertambah baik buat suami
  • menjadi ibu yang bertambah baik buat Wafiq dan Wazif
  • menjadi anak yang bertambah baik kepada mak dan mertua
  • menjadi kakak yang bertambah baik kepada adik-adik
  • menjadi perkerja yang bertambah  baik kepada setiap tuntutan kerja 
  • menjadi rakan yang bertambah baik kepada rakan-rakan
Perwatakan setiap hari yang berubah-ubah inilah yang hendak dijaga. Semoga terus istiqomah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya. Amin.

image printscreeen dari desktop. selamatkan diri dari banjir ye :)





9 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Selamat tahun baru. saya pun ada terima berita pasal angin kuat tu. Moga tiadalah apa-apa yang berlaku :)

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/kehidupan-baru-bermula-hari-ini-tapi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru. InsyaAllah tiada apa-apa..

      Delete
  2. selamat tahun baru..
    semoga tahun ini menjadikan kita lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. salam tahun baru 2019. semoga dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa ^^

    ReplyDelete
  4. Pikir akk dah follow blog yaya, blm ek hihi..
    Ok, hari ni akk follow

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  6. tu la kan.
    byk ramalan yg menjadikan hati kita risau. aduhai :(
    akhir zaman.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post