Wafiq Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp | Musim hujan di Terengganu..ikut ramalan cuaca sampai hari ni hujan lebat..memang lebat sungguh la.. pagi tadi punya lebat nak berpayung dalam hujan pun tak sanggup..dengan berangin sekali..silap2 boleh terbang cam doraemon..terbang guna payung..haha...pagi tadi terperangkap dalam hujan lebat..masa tu kat kedai makan..setengah jam juga tunggu sedikit reda nak masuk dalam kereta..sampai ofis hujan lagi..nak keluar kereta pun tak boleh..cabaran musim hujan uolss..tapi yaya suka je cuaca sejuk mendung ni..mekap pun tak cair..muahaha..mekap la sangat..foundation+lipstik je pun..
29/11/18 baru ni abang Wafiq rasminya dah menjadi anak bujang..dah berkhatan aka bersunat uolss!! hari ni dah 6 hari dalam pantang..makan minum pantang dia senang..sebab selama ni memang lauk macam lauk pantang pilihan dia..cuma bila dah berpantang betul ni telur tak berani nak bagi la..ayam bahagian dada seperti disarankan doktor pun yaya tak berani nak bagi..haha..sekejap je pun pantang..nanti makan la ayam dan telur ayam puas2..
Pandai cover nervous..sebelum ke klinik siap install game kat handphone ibu..kat klinik sementara nenunggu layan game je... sebelum ni dia mmg tak berani nak install apa2 kat handphone..tapi hari kejadian ibu kena baik hati, takut emosi dia macam-macam..nak pergi 'berperang' kan kat klinik..
muka beberapa minit sebelum menjadi anak bujang..dah nak sampai giliran dia dah..tengok muka tu..dah cuak dah...haha..
dah jadi anak bujang..ololo.kesiannya..yes..wafiq berkhatan di klinik Ar - Rijal, Kuala Terengganu..appointment jam 11.00 pagi..pukul 12 jugak baru masuk bilik jumpa doktor..di kaunter nurse tanya nak cucuk bius guna jarum atau tanpa jarum? ada eh tanpa jarum..haha..setiap soalan nurse..walaupun ibu dah bagi jawapan tetaplah anak ini bertanya sekali lagi..haha..ye lah..dia yang nak berkhatan kan.. wafiq cuba nak fahamkan apa yang bakal dilakukan oleh doktor..haha..last jawapan dia digunapakai..'saya nak bius tanpa jarum, 'saya nak ubat bentuk cecair', 'ubat tahan sakit kecil je..saya boleh telan (pil)'
Kami dah book nak guna kaedah smart clamp..RM200.00+RM50.00 in case kalau perlukan ubat-ubatan selepas buka clamp..esok hari ke-7 buka clamp..tapi kami ambil bius tanpa jarum kena tambah lagi RM50.00.
Tak silap wafiq buat keputusan untuk bius tanpa jarum..kalau nampak jarum tak tahulah macam mana..haha!
Masa doktor sapu-sapu (ethanol@alkohol maybe) di kedua-dua belah peha dengan bahagian kemlauan abang Wafiq..dia tanya doktor..
Wafiq: doktor buat apa ni..?
Doktor: tak ada apa-apa..
Wafiq: dah sapu sapu ni tak kan tak buat apa-apa..mesti ada apa-apa..
Doktor: abang tengok ni? pernah main tak guna pistol macam ni?
Wafiq: pistol nerf!
So itu lah rupa alat bius tanpa jarum..macam pistol nerf.
5 tempat juga dibiusnya..1 di peha..4 di sekeliling 'bird'..meraung-raung abang Wafiq. nasib suara je kuat, kaki tangan under control..hehe..sepanjang proses suara teriak sangat kuat..aduh la..dia sebut Allah..Allah.. Ya Allah..ada sekali terlepas sebut Oh My God..haha..speaking terus..teringat ibu kat Nayan dalam Hantu Kak Limah..Part yang tak tahannya dikatanya doktor tipu..kata tak sakit..ni sakit sangat ni...abang tak kuat!
Dia meraung dalam kelucuan..nak rakam video pun tak jadi..mengekek je ibu ngan ayah..doktor dengan assistant pun terhibur dengan gelagat ko abang Wafiq oi...tapi tak adalah macam dalam video viral tu..berkhatan sampai macam-macam lagu keluar!
Berkhatan Guna Smart Clamp
Perbezaan berkhatan secara konvensional dan menggunakan alat Smart Clamp
Dah sampai rumah..amboi..siap bersilang kaki..sunat ke tak sunat ni..haha..ingat drama meraung dah habis..kusangkakan hujan sampai ke petang.rupa-rupanya malam pun hujan juga..peribahasa apa ni..haha..tengah malam nak buang air kecil..dia meraung satu kampung boleh dengar..dah kencing lega..hari ke-2 dan seterusnya raungan semakin perlahan dan perlahan..semalam tak ada raungan dah..semalam dah berani minum air masak banyak..
Cara Penjagaan Sunat Clamp
So hari ni dah hari ke-5 wafiq berkhatan guna smart clamp. Alhamdulillah tak susah nak jaga..Yaya akan kongsikan cara penjagaan sunat klamp sepanjang menjaga Wafiq.Kena pastikan clamp tu sentiasa kering. Kalau lepas buang air kecil, guna picagari/syringe masukkan air dalam corong. Selepas tu tu lap biar kering guna putik kapas. Ni wafiq buat sendiri jer ni. Dia tak bagi sapa-sapa tengok..
Alhamdulillah tak bengkak sunat clamp
Semasa pakai clamp tu kemaluan dia tak ada bengkak-bengkak. Yaya tanya suami, bukan ke sepatutnya bengkak? Pastu akan keluar air bisa? Mak yaya bagi tahu macam tu lah. Suami kata tak bengkak dan air bisa tu ada tapi dah keluar. Alhamdulillah..lega dengar.
Bengkak Selepas Buka Smart Clamp?
Hari ke-7, sebelum ke klinik kena berendam dulu dalam setengah jam. Kena berendam nak bagi kecut kulit. Nanti senang nak tanggalkan clamp tu. Tang kena berendam tu memang doktor dah pesan awal-awal.Orang kata dua kali sakit kalau guna kaedah smart clamp ni Sakit masa potong dan sakit nak tanggalkan clamp. Terpulang pada pilihan masing-masing. Aada pro and con.
Macam Yaya, Yaya teringat adik bongsu bersunat, bersunat cara biasa lah. Punya lah lama bertapa dalam bilik air nak tanggalkan kain balutan (melekat dengan kulit). Sakitnya entahla kita kita tak merasa. Tapi mak dan ayah pun tak berani nak tarik buang kain tu. Akhirnya ke klinik juga diangkutnya.. Minta doktor bukakan kain balutan.
Alhamdulillah, mudah je proses buka klamp ni. Dan beberapa hari selepas buka clamp tak ada apa-apa bengkak. Wafiq lepas tak ada clamp nampak lebih selesa dan ceria. Makan minum kami masih pantau.
Wafiq kata, akhirnya dah berakhir dua masalah besar dalam hidup abang. Tinggal satu je lagi belum selesai. 3 perkara ni dia asyir fikir katanya.
1) grading black belt
2) bersunat
3) UPSR tahun 2021
Allah, baru ibu tahu rahsia dalam hati abang. Hihi. Apa pun anak ibu dah bujang.
Wah dah beso anak bujang acik sorang ni..pandai dia buat pilihan ye,
ReplyDeleteIh gitu rupanya kekdah sunat tanpa jarum ek..mcm kena tembak yr, lagi ngeri kot smp lima tempat, hehe..
seriau dgr
ReplyDeleteank lelaki kami pun x sunat lagi
wah good info..tengah gugel info berkhatan terjumpa article kak zura❤
ReplyDeletenext weekend the arifs nak sunat tapi guna kaedah laser
ReplyDelete