Perbezaan Cenderamata, Cenderahati, Cenderadurja Dan Cendera Kenangan

Perbezaan Cenderamata, Cenderahati, Cenderadurja Dan Cendera Kenangan | Jom kita belajar bahasa hari ni..haha.. Perkataan yang sering digunapakai, tetapi ada masanya keliru juga. Kita hentam saja sebut. Asal sampai maksud dah difahami orang. Sesiapa yang jadi 'emcee' atau pengacara majlis kena ambil tahu ni. Semasa rehearsel emcee perlu pastikan dulu apakah hadiah yang disediakan untuk vip atau tetamu majlis. Barulah tidak terjadi kesalahan sewaktu ucapan.


Maksud Cendera, Cenderamata, Cenderahati, Cenderadurja Dan Cendera Kenangan

CENDERA

Pandai sebut je..tapi korang tahu tak cendera ni sebenarnya membawa maksud 'LENA'.


CENDERAMATA

Maksud cenderamata adalah sesuatu pemberian kepada seseorang sebagai tanda ingatan yang berbentuk KEKAL seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen, jam dan sebagainya.
Sesuatu yang me'lena'kan mata..mesti la benda yang boleh dipandang dan kekal ada..ye dak? Ejaan cenderamata pun masih ramai yang keliru. Ejaan cenderamata yang betul adalah kena dekatkan cendera dan mata tu, tak ada jarak. Ejaan yang betul adalah CENDERAMATA.

CENDERAHATI

Maksud cenderahati adalah sesuatu pemberian kepada seseorang sebagai tanda ingatan yang berbentuk TIDAK KEKAL seperti buah-buahan, kuih-muih, duit dan bunga. 
Haa..yang ni pula me'lena'kan hati..senyap duk dalam hati gitew..ianya menggambarkan pemberian yang 'lebih ikhlas'. Contoh la..dapat fresh flower sejambak dari husband..tapi bunga tak kekal lama..buang juga akhirnya, tapi kenangan dapat bunga tu lekat dalam hati membawa ke mati..haha. 


CENDERADURJA

Maksud cenderadurja juga membawa maksud pemberian. Tetapi jarang sekali digunakan. Durja membawa maksud 'Wajah'. Jadi cenderadurja dapat diterjemahkan menjadi “lena wajah”. 
Mungkin penerima teringat akan wajah pemberi. 


CENDERA KENANGAN

Cendera kenangan adalah sesuatu pemberian kepada seseorang tetapi perkataan ini digunakan untuk majlis di Istana ataupun yang melibatkan Sultan atau Raja.



Dapat cenderamata 'tally counter' daripada seorang kawan.

Jujurnya, Yaya biasa sebut cenderahati. Tapi perkataan cenderamata sebenarnya yang dirakam dalam kamus DBP dan sering digunakan. 

Semuanya, cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang sama maknanya. Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Tapi cendera kenangan tu jangan pula digunakan sesuka hati..hihi

Hebat juga ye para sasterawan cipta perkataan-perkataan baru. Jangan nanti ada Cendera Jantung Kalbu Jiwa sudah la...haha.. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dari segi penggunaan istilah yang betul. 


Cenderamata Malaysia

Bila tiba bab cenderamata ni, pening juga nak fikir cenderamata apa yang sesuai untuk diberikan kepada para tetamu. Ofis Yaya kerap mengadakan majlis dan semestinya kena sediakan cenderamata untuk tetamu. Sebelum ni, memang jenuh juga nak fikir hadiah yang sesuai. 

Cenderamata Cenderahati Cenderadurja Dan Cendera Kenangan



Tapi bila dah tahu kewujudan YV Marketing memang sangat-sangat membantu. Pelbagai hadiah korporat disediakan, korang pilih je mana yang berkenan dihati.

Mereka merupakan pemborong dan pembekal cenderamata korporat yang boleh dipercayai di Malaysia. Banyak lagi pilihan yang ada. Harga pula sangat berpatutan, dari hadiah harga bajet sehinggalah hadiah ekslusif. 

Kami mempunyai pelbagai jenis hadiah pengiklanan yang terdiri daripada barangan bajet promosi seperti pen plastik promosi, rantai kunci, beg kitar semula, butang lencana, notepad dan pad memo kepada hadiah eksekutif elegan seperti pen logam premium, set hadiah kayu dan beg eksekutif jenis kulit PU. Pelbagai hadiah perniagaan kami akan sentiasa memastikan anda akan dapat untuk mencari jenis hadiah yang diperibadikan yang tepat untuk acara pemasaran, sidang media, pelancaran produk, hari sukan dan hadiah penghargaan untuk kakitangan anda. Kami mempunyai banyak reka bentuk hadiah promosi yang unik seperti botol payung dan botol air sukan yang sangat popular sebagai hadiah untuk majlis makan malam tahunan dan cenderahati perkahwinan murah untuk tetamu.

Yaya share dengan korang, jadi selepas ni kalau korang nak cari cenderamata korporat ke, cenderamata untuk majlis perkahwinan ke, hadiah untuk tetamu sempena harijadi anak-anak ke, korang dah tahu nak cari di mana. 

Semoga info dikongsikan bermanfaat. 


4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. festaim dengar perkataan cenderadurja...huhu...
    anyway tq for info..terbaekk...

    ReplyDelete
  2. Baru tahu semua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan. Sebelum itu memang rasa keliru.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post