Bukit Besar, Kuala Terengganu
Puncak bukit ini lah akan kami tawan. Nak panjat gunung tak mampu. Panjat Bukit Besar je lah dulu buat masa ni. Mungkin ramai yang dah tahu, pada bukit ini lah diletakkan kalimah 'Allah Peliharakanlah Terengganu'. Semasa yaya kecil dalam umur 10 tahun macam tu, dua kali juga yaya melalui laluan hutan untuk ke puncak Bukit Besar. Memang adventure!
Kami mula naik pada jam 5.17 petang. Masa ni dah ramai yang turun dari bukit..yang baru tiba pun ramai. Bukan melalui denai ye..tapi melalui jalan bertar. Ini pengalaman pertama buat adik Wazif, jadi eksaited adik memang terover..cakap tak berhenti. Abang Wafiq pula dah kali kedua sampai ke puncak. Tak pasti pula berapa kali dah husband yaya naik Bukit Besar. Bagi yaya ini kali ke-4, 2 kali masa kecil, kali ke-3 beberapa tahun lepas. Lama sangat dah kan..tapi alhamdulillah tak ada kesan sampingan. Kebiasaannya selepas sehari mulalah rasa lenguh kaki sampai ke pinggul!
Sepanjang pendakian, Yaya asyik kena tinggal dengan lelaki bertiga itu..tak mampu nak berjoging, yaya cuma berjalan santai. Nak tak nak korang kena tunggu ibu juga, biar sama-sama sampai puncak. 25 minit juga baru sampai atas! kemain melenggang kangkung! patutlah kaki yaya tak sakit mana! kofkof!
Apa ada di atas puncak Bukit Besar?
Pada ketinggian 0.3 km terdapat pencawang elektrik. Pada puncak Bukit Besar pula ada pencawang telekomunikasi dan ada satu bangunan kecil, yaya tak pasti digunakan untuk apa, tapi pernah nampak askar Wataniah di sini.
Nyamannya di puncak. Jangan pula korang feeling udara sesejuk umpama Cameron Highland!
Sebahagian sisi pemandangan dari puncak Bukit Besar.
tanda kenangan kali pertama 4 beranak berjoging bersama menawan puncak Bukit Besar, haruslah wefie!
Ketinggian Bukit Besar hanyalah 156 meter dari aras laut. Tetapi untuk sampai ke puncak korang perlu melalui jalan bertar yang bersimpang siur jarak lebih kurang 800 meter, 1600 meter naik dan turun dan 131 kalori yang dibakar untuk ke puncak. Tolonglah jangan melantak roti canai telur yang berkalori 350 sebiji itu selepas mendaki. Sangat tak berbaloi pendakian korang yang penuh penyeksaan tu! Hahaha.
Untuk turun semula dari Bukit Besar 'penyeksaan' kurang sedikit berbanding semasa mendaki. Tapi agak bahaya juga semasa turun. Berjalan kena cengkam hujung jari kaki. Kalau tak korang berjalan dah serupa nak berlari. Tengoklah budak berdua tu..laju je turun ye..si adik pun bukan main lagi tu hah membawa diri! separuh jalan nak turun ayah kena dukung, mengadu kasut dah ketat, sakit kaki..kesian adik. Nanti kita cari kasut sukan baru ye.
Untuk yang baru nak belajar hiking..bolehlah mencuba menawan puncak Bukit Besar. Kami walaupun bukan nak hiking gunung, tetapi mendaki Bukit Besar pun dah satu kepuasan. Apatah lagi bersama family. Masa bersama keluarga yang sangat berkualiti. Suami kata, minggu depan kita repeat lagi!
wow bagusnya 1 fam terus mendaki. hehe quality time with family =)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteMasa muda dulu saya memang selalu mendaki, tracking dan camping. Anak anak saya membesar dengan suasana hutan.
ReplyDeletePaling tinggi pernah saya daki ialah Gunung Tahan. Nikmatnya memang tak terucapkan.
Antara satu tips mendaki ialah jangan potong kuku kaki dahulu. Ia akan menyebabkan jari akan sakit bila menurun...
Ilmu baru..terima kasih IM.
DeleteSuami akk masa balik teganung baru ni sempat dia naik bukit besar tu, dgn anak llki sorang, tapi suami ikut jalan biasa jer, bukan jalan tar, kira lagi trill la, hehe. Akk tak ikut sbb sibuk mengemas rumah mak. Tingin nak ikut sebenarnya.
ReplyDeleteTapi suami akk bila blk teganung dia mmg xcited sbb byk tmpt boleh xplore kan..bangga plak..teganung kita kang, hehe..keluar speking teganung plop
wah..lalu kut jalan hutan..excited pulak dengar..
Delete