Assalamualaikum,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adik Wazif | Ibu coretkan sedikit di sini..sempena tarikh ini..kalau tarikh esok dah tak best..haha.. hari ini, hari ulang tahun kelahiran adik Wazif yang ke 5 tahun..alhamdulillah..anak ibu ayah membesar dengan sihat..
Excited betul adik nak raikan harijadi..nak buat di tadika katanya..request kek nak gambar transformer bumble bee..bila buat ditadika maknanya ibu akan kekurangan gambar lah ..ada lah cikgu share 2 3 keping gambar..cukup lah tu buat kenangan.
Yaya pun suka je anak-anak raikan harijadi di tadika..dapat happykan anak sendiri dan kawan-kawan anak pun turut happy..Yaya memang excited kalau bab prepare goodies bag. Nanti yaya share pasal goodies bag ni.
Baca juga Goodies Bag Untuk Birthday Di Tadika
Adik wazif, anak yang sangat manja..suka ketawa..emosi dia mostly sangat tiptop..very go lucky sampaikan kalau dia menangis tak ada hal lain..ibunya lah yang suka menyakat..haha..
Tapi bab manja tu lah tak tahan..bukan manja yg jenis lembik2 tu tapi lebih kepada suka menzahirkan apa yang dia rasa..dia suka usap pipi ibu..sangat kerap bagi tahu yang dia sayang ibu ayah..sangat suka peluk ibu ayah..kadang masih minta didukung! dalam kereta pun masih nak duduk dipangkuan ibu..haih..bila ibu bebel ada je la jawapan dia..'nak buat macam mana..adik rindu ibu'..ibu nak sambung bebel pun tak jadi..haha..
Dengan wazif tak boleh sembarangan cakap..kena bercakap secara telus gitu..tak boleh anggap dia budak dan senang-senang nak kelentong..haha. budak-budak sekarang bijak-bijak kan..berani pun satu hal wazif ni..dia bukan sejenis budak yang pemalu..confident level boleh tahan..sangat petah bila bercakap..masih terngiang pelat awak adik dan sekarang banyak mulut betul..haha.
5 tahun yang membahagiakan ibu ayah..terima kasih ya Allah kurniakan kami anak sehebat Wazif..semoga anak-anak ku..keluargaku sentiasa dalam rahmat Mu. Ibu, ayah dan abang Wafiq sayang wazif sangat-sangat.
Bestnya kalau dapat kek cantik macam tu masa kecik dulu dulu Yaya hihi.... Kecik dulu jangankan kek, sambut pun tak pernah hahaha....
ReplyDelete