Macam-Macam

Assalamualaikum.

Entri ke 1000. hampir 7 tahun berblog baru 1000 entri eh?
boleh laa.. dari blog ni terus bersawang berhabuk..
walaupun tuan tanah kedaun tenggelam timbul ada juga yang sudi datang menyinggah..
terima kasih semua.

cerita pasal adik wazif lah kali ni..kurang cerita tentang adik kat blog ibu
hari ni 8 Ramadhan.. sekalipun tak pernah adik terjaga time bersahur
nyenyak sungguh tidur, time orang berbuka pun dia tak kecoh
bagi nasi, kuih muih hadap lah dia
sangat berdikari anak ini
walaupun belum 3 tahun tapi nampak sangat pandai membawa diri
bercakap sangat petah walaupun ada pelatnya.

sebelum puasa adik Wazif duk sebut nak tengok tv besar (tengok wayang la..)
jadi Jumaat sebelum puasa kami pergi menonton The Angry Bird Movie
yang layan cerita cuma abang Wafiq, bukan era adik Wazif game angry bird ni
adik Wazif tak pernah tau game angry bird.
abang Wafiq pun dah lama tak layan game angry bird.
yang ada pilihan untuk tontonan family cuma Angry Bird dan Doraemon




suka abang Wafiq dan adik Wazif ayah belanja tengok tv besar..hihi
bonus pop corn besar lagi
yang tak berapa nak suka ibunya ni hah..sejak ada anak-anak ini,
tengok movie kartun je memanjang..hmm


ralit semacam je adik ni..
macam ulat buku..jumpa buku feveret macam ni lah..
ayah dah belanja tengok movie tadi..
so ibu belanja adik buku Zootopia dam
pensel warna besar untuk abang.


2 3 kali adik ulang-alik pergi duduk port ni.
akak-akak jurujual duk perati je gelagat adik.


bangun tidur minta buku Zoootpia dan nak tengok cerita Zootopia.
awal-awal pagi dah sarapan cerita kartun.hihi

adik Wazif pula suka lah ikut ibu membebel
aku perasan banyak ayat-ayat mebebel aku dia serap masuk memori
hahahah..bertuah sungguh la budak kecik ni
'ibu, baca buku ni..'
'ibu, buat kerja sekolah, nak rotan ke?'
'ye lah tu..'
hihihi..macam-macam lah adik ni

semalam ibu bebel2 sikit kat abang Wafiq.
semalam dah start sekolah, abang Wafiq puasa tapi ibu bagi jugak duit RM3,
dah pesan duit ni guna kalau-kalau perlu beli apa-apa dekat kooperasi sekolah,
buku latihan habis ke, pembaris patah ke..
tapi pelik sungguh abang Wafiq, pergi beli handiplast, takut2 luka katanya,
standby siap-siap..grrr..ni kali ke dua dah beli handiplast..beli seringgit dapat 5.
lagi dua ringgit beli buku mewarna,
buku mewarna tak tau dah kali ke berapa.
mewarna lah selai muka surat..pastu simpan senyap..

bila adik Wazif dengar aku buka kitab membebel
sibuk lah dia nak join sama
satu ayat keluar dari mulut aku,
dia terus ulang,
aku cakap dia ulang..
geram semacam je abang wafiq tengok adik dia ni
aku nak membebel pun tak fokus..hahaha
nak tergelak adalah..

sudahnya aku tanya..
'adik Wazif ni dah kenapa, ikut-ikut ibu cakap ni kenapa?'
boleh dia jawab..
'adik tak buat apa pun, nape ibu marah adik?'
grrrr...penawar sungguh lah keletah adik ni.

sudahnya semalam..ibu masuk dapur..
buat puding roti campak-campak..walaupun jam dah 10 malam..



bakar dalam pemanggang je dalam 10  minit lebih kurang
sempat lah menjamu puding roti sebelum tidur
hmm..macam mana ibu nak kurus....









7 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kakak dah jumpa adik tapi tak berpeluang jumpa abang
    Adik memang bijak dan banyak cakap walau pelat.
    Tapi kita boleh faham maksud dia tak ada masalah.

    ردحذف
  2. Keletah anak-anak yang selalu membahagiakan dan kadangkala memeningkan... :)

    ردحذف
  3. haha..part dia mengajuk balik apa kita bebel tu mmg kelakar..mcm tu lah budak2 kan...mmg suka mengikut...
    itu tandanya dia bijak sangat...

    ردحذف
  4. Hihi.....ibu memanjang kena tgk wayang cite kartun je ek. Gitulah kalau anak kecik lagi Yaya... Sian mung hihi...
    Tengok Astro sudah!....

    Tak pernah weyh buat puding roti kat PA. Kejap pulak eh masa bakar dia YA Selalu bakar kat oven




    ردحذف
  5. Amboi seronoknya adik wazif p tgk tv besar yer.....pop corn tu sedap...hahaha

    ردحذف
  6. Amboi seronoknya adik wazif p tgk tv besar yer.....pop corn tu sedap...hahaha

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم