Bismillah.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Awalnya entri ni nak dipublish sebelum pembedahan mata abang Wafiq pada 27hb Jun baru ni.. ingin mohon doa kawan-kawan dari kejauhan. Tapi terlalu banyak kekangan..operation pun dah selesai, Wafiq sekarang seronok rehat2 rehat dekat rumah dengan keadaan mata yang tak berapa luas bukanya..dapat MC 16 hari..cuti awal anak aku..hihi..nasib baik sekali harung dengan cuti raya..tak ada lah lama sangat tertinggal pelajaran.
seingat aku, belum pernah lagi cerita pasal masalah mata Wafiq dalam blog.. tak tahu nak mulakan macam mana, lahir dengan keadaan mata yg kelihatan normal. bermula usia setahun setengah baru perasaan kelainan pada mata Wafiq selepas baik dari sakit mata.
masa tu kecik lagi, nak buat ujian pun payah. doktor pakar minta tunggu hingga 3 tahun. Bila umur Wafiq menginjak 3 tahun sekali lagi aku bawa Wafiq jumpa pakar..masa tu Wafiq dah kenal ABC, jadi senang lah nak check mata dia..tak ada rabun..semua huruf kecil besar boleh jawab dengan tepat.
Tapi ada masalah lain, anak mata dia kiri dan kanan sanagt ajaib bagi pendapat aku. Nak kata squint tak sangat...sikit je, dia boleh alternate anak mata dia, bila penat guna mata kiri, mata kanan akan nampak lain nya dan sebaliknya. Ada masa nampak sangat normal macam tak ada masalah apa.
nampak macam sangat normal kan?
kalau orang tenagok tak tahu pun dia ada masalah squint.
tapi ada masanya..akan jadi macam gambar atas..dia boleh bertukar kiri atau kanan. dia control mata dia.sebab tu aku kata ajaib.
lepas tu terus bawa ke HSNZ.bawak reference letter dari doktor pakar swasta. bertahun jugak lah ulang alik ke Jabatan Oftalmologi HSNZ. Awalnya, doktor hanya ajar latihan mata untuk dibuat di rumah. Latihan tengok objek yang sama jauh dekat.. Nak Bagi anak mata tu fokus. Sebab sekarang problemnya mata malas. (Lazy Eyes). Hanya gunakan satu mata untuk melihat imej. Sama ada mata kiri atau mata kanan. Kalau dibiarkan tanpa latihan dan rawatan makin menjadi squint tu.
Tapi latihan mata tu walaupun senang, anak kecil mana lah nak fokus lama-lama, dia ingat macam kita ajak dia main je. Sudahnya tak ada kemajuan..statik begitu. Bulan 12 tahun lepas kami ke satu klinik di Jalan Ipoh, KL untuk 'ukur' mata. Ambil ukuran untuk pembedahan. Bayang kan dalam Malaysia hanya ada 2 klinik (itupun swasta) yang ada kemudahan nak ukur mata tu, satu di KL dan satu lagi di Johor.
Dapat ukuran bulan 12, 27/06/16 baru boleh buat operation. Sampai sekarang aku belum betul-betul boleh tengok mata Wafiq..masih ada bengkak.. Sahabat semua doakan mata Wafiq cepat sembuh ye.
semoga cepat sembuh wafiq..
ردحذفAllah... kakak baru tahu hal ini Yaya
ردحذفOperation pun dah dibuat, doa kakak moga anakanda Wafiq cepat sembuh.
Ya Allah, begitu kisahnya. Anak akk yg kecik tu dr umur setahun lebih pun dah rabun, dkrg darjah 1 dah pakai spek
ردحذفMoga lps ni mata Wafiq sembuh yea, in shaa Allah.
Semoga wafiq cepat sembuh....biasanya lazy eye ni org rabun....bila salah satu mata tu rabun dia jd mlas nak tgk...lebih kurang mcm tu la yg nini tau
ردحذفSemoga cepat sembuh ye wafiq
ردحذفAssalamualaikum
ردحذفSalam Idilfitri.
Apa kabar Wafiq. Moga sembuh.
Assalam, wafiq apa kabar? Moga makin sembuh yea,
ردحذفAkk ada htr email pasal nk gi beraya rmh yaya, tiga kali akk htr, agaknya tak sampai ke?
Moga Allah permudahkan urusan Wafiq Zura...
ردحذفYelah, kalau tak tengok betul betul mmg tak perasan, mmg nampak normal jer