Bismillah.
Assalamualaikum.
Sekarang kan budak-budak belum kebah lagi demam Boboiboy The Movie. Wafiq pun sama. Ada dua tiga kali berbunyi ajak pergi pawagam lagi sebab dia lupa salah satu watak dalam movie tu. Dia sebut Geng Tengkotak tu satu persatu..ada Klamkabot, Kikita, Gaganaz, Yoyo Oo, Borara. Nasib sekarang info hujung jari. Rupa-rupanya watak lagi satu tu namanya Ciciko..hihi..
Balik transit petang semalam abang Wafiq ajak pergi kedai CD. Aku tanya CD apa dia nak beli slow je dia jawab nak CD citer Boboiboy..takut ibu marah letew.hakhak.
Semalam aku terer handle suasana.hihi.. Aku slowtalk dengan dia terangkan satu persatu. Wafiq ni kalau tak kena gaya boleh tahan rajuknya. Ikut sape ntah perangai tak senonoh tu. haha.
bagi tahu dia
''citer boboiboy ada lagi kat pawagam. kalau dah keluar CD rugi besarlah tokey dia. CD sekali beli boleh tengok banyak kali. Kalau CD keluar awal sape nak tengok wayang''
..tak puas hati dia, kawan dia bagi tau CD dah ada jual.
lagi sekali kena terangkan satu persatu.
''Yang tu gambar tak cantik..gambar senget-senget. Orang tak bertanggungjawab mungkin ambik video dalam panggung. (betul ke penjelasan ni? asal logik sudahlah...) yang ni namanya CD cetak rompak.tak tengok ke iklan kat TV pasal beli barang cetak rompak? nanti kena tangkap dengan polis. tak takut kena tangkap ke?''
..Nampak macam Wafiq dah boleh terima jawapan ibu. Tapi ada lagi soalan.
''dah tu..bila nak stop citer dekat pawagam tu''
''kalau tokey dia dah dapat banyak duit stop lah!'' .. muahaha jawapan jenis apakah ini.
''nanti lepas stop baru kuar CD kan ibu, baru ada kat TV kan?''
erm..hadam jugak awak dengan jawapan ibu. bagus bagus ^___^
Tapi citer tak habis di situ..
Malamnya, selepas hantar abang Wafiq ke kelas taekwondo, aku singgahlah sekejap kedai pasaraya mini. Nampak ada komik Boboiboy. Ada poster Boboiboy The Movie dalam tu. Teringat minggu lepas abang Wafiq bagi tahu dia nak poster Boboiboy The Movie..dia tanya mana nak dapat poster tu. jadi tanpa ada abang Wafiq di sisi pun laju je aku capai senaskah. alahai aku... ibu macam tu lah kan.
Masuk kereta suami tanya beli apa. Tunjuk komik tu.. ''Teringat kat Wafiq nak poster boboiboy the movie, tu yang beli tu''
''Semalam kat Giant dia dah tunjuk komik ni, tapi saya tak belikan pun'' Eh kejamnya ayah. Anak-anak kalau dengan ayah takut nak merengek. Kalau ibu yang ada masa tu harus mulut abang Wafiq dah muncung tahap boleh sangkut hanger.
otw balik selepas ambil Wafiq, sempat lagi abang Wafiq buat rancangan.
"ibu..esok lepas habis fardhu ain kat masjid boleh tak kita pergi Giant sekejap''
hmmm...terbayang komik boboilah tu..ayah tak layan, ibu kan ada..ibu tak layan, ayahkan ada..haha. pandai budak-budak nie guna talian hayat.
''Wafiq nak buat apa pergi Giant? baru semalam pergi kan?''
''Wafiq nak beli komik boboiboy....'' suara slow je sebab ayah sedang mendengar..haha
''Boleh pergi Giant tapi kena tutup mata dulu...bilang sampai 10''
Lurus je anak aku ikut arahan.hahaha.tak tanya pun kenapa kena tutup mata..
Perlahan-lahan aku letak komik yang beli tadi atas riba dia..cukup kiraan 10, Wafiq buka mata dan menjerit kesukaan.
''bila ibu beli ni? kat mana ibu beli? macam mana ibu tau Wafiq nak komik ni?'' tu dia...bertalu-talu soalan..
''ibu kan ibu wafiq, wafiq kan anak ibu..mesti lah ibu tau.. tu dah dapat tu tak cakap thank you pun...''
''thank you ibu....''
dan aku rasa...aku sebenarnya lagi happy dari dia sebab mampu gembirakan anak walau hanya dengan senaskah majalah.
Kakak jadi terharu membayangkan betapa kalau boleh melompat keluar dari kereta mahu rasanya Wafiq lompat bintang berkali-kali agaknya Yaya. Itulah naluri kita sebagai ibu tak sampai hati apa lagi bukanlah mahal mana kan...:)
ReplyDeleteBudak budak katanya Yaya....mmg le suka cite Boboiboy.
ReplyDeleteBagus Wafiq ni dengar kata mama.
Mak mak ni mmg ada kalanya tak sampai hati nak hampakan harapan anak. Tapi kalau mak sampai hati aje hihi... lagi lagi kalau bab mainan mmg anak ansk mintak kat ayah dia je le.