Bila aku jadi baik...

Bismillah.
Assalamualaikum.

bila aku tak mudah marah
bila aku tak mudah melenting
bila aku tak mudah menjatuh hukum
mencari dia salah, aku salah, dia betul, aku betul

bila aku sentiasa positif
bila aku sentiasa berfikir kerap kali
bila aku sentiasa berfikir di setiap sisi
mencari di mana salah, di mana betul

namun

bila aku jadi baik
baik aku digunanya
baik aku dipijaknya
tak apa dia tak mudah marah
tak apa dia tak mudah angin
tak juga banyak mulut
barangkali itu fikirnya

sekarang

aku belajar berhati-hati
aku belajar mengenal manusia
mengecam mana tulus
mengecam mana pura-pura
mengecam yang cuba memijak
mengecam yang cuba menjatuhkan
baik aku berhati-hati
tetap berusaha
jadi hamba Mu yang terbaik

sebab

baik tak salah
yang salah manusia
baik dia, dia manusia
jahat dia, dia manusia






4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Alamak....nak tuju kat sapa entry ni Yaya....
    Sabarlah, gitulah manusia namanya Yaya, tak sempurna

    ردحذف
  2. nukilan rasa hari ini...
    manusia tak pernah sempurna

    ردحذف
  3. Dlm berhati-hati pun kadang terkena juga
    Cuma lebih berhati-hati jgn terkena 2 kali

    ردحذف
  4. Hendaknya begitulah, kita berusaha nak jadi baik, sambil terus kuatkan pergantungan dgn Allah, yang dtg selepas itu adalah ujian dlm usaha kita utk menjadi baik, dan sebaik-baiknya berhati2 juga, mmg ada yg suka mengambil kesempatan.
    Balas kunjung di sini;) kak nor azimah.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم