Bismillah.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum
Pagi tadi
saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah yg terharu yg diceritakan
oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya
begini ...
Ada seorang
anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak
yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani
kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk
ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah
makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah
pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg
jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.
Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga
beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap
bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang
sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk
dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar
ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan
restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum
beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak,
tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua
pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah,
semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."
Pakcik tu berkata
lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau.
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan
berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah
tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri
sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur
sepertimana yg kamu lakukan ini.
Pakcik lihat,
pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata
teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah
memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak
lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah
kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.
Apa rasanya
kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?
👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku
jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap
kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga
orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku
semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur
kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap
kamu tidak menjerit pada aku,
"mak
pekak ke?",
"mak
bisu ke? "
"tak
dengar ker??"..
Aku minta
maaf anakku.
Aku semakin
MENUA...
😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku
asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap
kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab
pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu
adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan
mengerti nanti bila kamu semakin tua.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku
berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap
kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak
menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku
lemah.
Aku tidak
bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah
aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.
Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku
sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.
Anakku....
Bila aku tua
dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan
memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan
cemas.
Jangan
menangis.
Hadapi dengan
redha.
Aku berjanji
pada kamu.
Bila aku
bertemu Allah.
Aku akan
berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu
sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih
banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih
banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai
kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi
ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd group
keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2
kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
..........
RENUNG2 KAN
LAH......
SESUNGGUHNYA
KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....
*copy & paste dari group whatsapp
.
Uhhh..sedihnya. harap2lah anak2 kita kenang jasa kita ni
ردحذفRasanya pernah terbaca cerita ni. Bagi mak, kita sebagai ibu bapa adalah tanggungjawab kita menjaga dan membesarkan mereka sebaiknya dan seikhlasnya tanpa mengharap balasan, masa akan datang kita serahkan jerlah pada Allah..
ردحذف