Assalamualaikum,
Resepi Kek Marble Lembut dan Gebu
Oleh : Yaya Azura
Rujukan : Azie Kitchen , Mori's Kitchen
Bahan-bahan :
250 gm buttercup - suhu bilik
170 gm gula pasir - yaya blend halus. tak ada gula kastor kekdahnya.
200 gm tepung gandum - diayak
1 sudu besar baking powder
5 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko - diayak
.
Begitu sekali yaya letak tajuk kek marble ni. nak beritahu sahabat semua bahawa sesungguhnya kejadian kek ni sangatlah memuaskan hati yaya. Sangat sedap. Sangat Lembut, Sangat Gebu. Memang tak puas makan. Makan sehiris nak sehiris lagi.
Suka mak yaya dapat makan kek ni. Zaman mak anak-anak masih kecil, kek ni lah yang mak kerap buat. Sekarang anak-anak dah besar giliran anak pulak yang buat. Mak cakap sangat sedap. Lagi sedap dari dia buat dulu-dulu ;)
Suka mak yaya dapat makan kek ni. Zaman mak anak-anak masih kecil, kek ni lah yang mak kerap buat. Sekarang anak-anak dah besar giliran anak pulak yang buat. Mak cakap sangat sedap. Lagi sedap dari dia buat dulu-dulu ;)
Yaya jenguk2 jenguk resepi pada beberapa blog. Yaya sebenarnya suka ikut resepi yang menggunakan bahan tu secukupnya..Contoh, yaya biasa beli buttercup yang beratnya 250gm. Jadi kalau ada resepi yang guna 225gm rasa leceh juga.. nak menyimpan pulak lebihan buttercup tu.
Setelah ditelek-telek beberapa resepi yaya guna respi di blog Azie Kitchen. Boleh rujuk disini untuk resepi kek marble kak azie.. Satu blog lagi yang dijadikan rujukan iaitu blog Mori's Kitchen. Setelah meneliti dua-dua resepi , meneliti segala pendapat di ruangan komen, akhirnya terjadi kek marble di bawah ni.
Yaya pernah terbaca tips membuat kek butter, tak perlukan griskan loyang, nanti kejadian kek tak cantik, jadi mendap. Yaya apply kan juga tips tu pada kek marble. Lagi satu setelah kek masak segera keluarkan dari oven, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai untuk mengelakkan permukaan kek berkedut.
Yaya pernah terbaca tips membuat kek butter, tak perlukan griskan loyang, nanti kejadian kek tak cantik, jadi mendap. Yaya apply kan juga tips tu pada kek marble. Lagi satu setelah kek masak segera keluarkan dari oven, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai untuk mengelakkan permukaan kek berkedut.
Resepi Kek Marble Lembut dan Gebu
Oleh : Yaya Azura
Rujukan : Azie Kitchen , Mori's Kitchen
Bahan-bahan :
250 gm buttercup - suhu bilik
170 gm gula pasir - yaya blend halus. tak ada gula kastor kekdahnya.
200 gm tepung gandum - diayak
1 sudu besar baking powder
5 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko - diayak
Cara-cara :
1) Pukul buttercup dan gula halus sehingga kembang dan putih.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji.. pukul telur anggaran seminit setiap sebiji telur.
3) Masukkan esen vanilla, ovalette, susu pekat, putar lagi adunan hinggan sebati.
4) Masukkan tepung bersama baking powder sedikit demi sedikit. Jangan berhenti putar/pukul adunan masa proses masukkan tepung.
5) Asingkan adunan kepada dua sama banyak. Campurkan serbuk koko kepada salah satu adunan.
6) Sudukan lebih kurang satu sudu besar adunan putih dan adunan koko. Mulakan dari tengah loyang. Akhir sekali lorekkan dengan chopstik atau apa-apa saja lah ;) Yaya guna penebuk susu ;)
7) Hentakkan perlahan loyang, nak bagi adunan tu sekata.
8) Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
Yaya guna loyang springform size 8 inci yang hitam tu. Loyang hitam cepat menyerap haba dan cepat panas. Kalau guna loyang biasa (loyang putih)..mungkin perlu tingikan suhu dan masa memasak. Sekitar 180C selama 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
Selang selikan adunan. Mulakan dengan warna asal. |
Kek kesukaan satu family.. sedap! Adunan koko terbanyak dari adunan putih..tu yang marble tak berapa menjadi tu. |
Jom hujung minggu ni buat kek marble lagi. haha.. dah ada request dari adik. Siap suruh buat banyak-banyak. Banyak cantik! haha.
Selamat mencuba.. Jangan lupa maklumkan hasil kek anda pada yaya.
.
Jual lah kak..nak beli, hehe
ردحذفSekarang juga akak open order.. mau berapa biji? Haha
ردحذفAs salam Yaya. Terima kasih kerana sudi singgah blog Azie Kitchen. Terliur pulak tengok kek tu.
ردحذفAs Salam kak Azie..resepi kat blog akak semua sedap2..banyak dah yang yaya try..tq kak..
حذفKek marble favorite. Masih mencari2 resepi yang terbaik.. Tq sharing
ردحذفResepi terbaik!! Saya telah cuba dan menjadi. Rasanya sebijik sama macam kek mak saya buat masa kecil. Memang classic... Terima kasih utk resepi yang mengembalikan nostalgia ni..
ردحذفAlhamdulillah..
حذفterima kasih sudi mencuba ..
Minta izin copy resepi ni ye.. nak try nanti. Nampak mcm sedap sangat
ردحذف