Nak pinjam baby boleh ?

Assalamualaikumm...


Trend kita2 kan time jumpa baby mesti nak sakat anak sulung..wafiq pun makcik2 yang tenhok wazif mesti nak sakat wafiq..suka agaknya tengok budak wafiq tu teriak..haha..wafiq sayang adik wazif okeh..

Sebelum nie:

Makcik2 : wafiq, acik pinjam baby boleh?
Wafiq : tak boleh..wazif minum susu ibu..
Makcik2 : tak pe..acik beli susu untuk baby
Wafiq : wazif minum susu ibu je..kalau ibu gi kerja kat rumah tok ma banyak susu dalam peti.. wazif tak minum susu hok beli tu..

Minggu lepas :

Makcik : wafiq, acik nak bawak balik baby boleh?
Wafiq : boleh, tapi kena tunggu sebulan lagi..
Makcik : acik bawak balik hari ni lah..
Wafiq : tak boleh! Ibu kata sebulan lagi wazif baru boleh makan sikit2...tak apa la nak pinjam sehari..lepas tu kena hantar rumah wafiq semula..


hehe..dia ingat rupanya yaya bg tau wazif umur 6 bulan baru holeh start makan..hujung bulan nie wazif 6 bulan. Dah start boleh bg makanan pejal..yurp! I'm excited nak shopping buah2..nak blend buah ;)



                                                             Wafiq  ♡ Ibu ♡ Wazif





1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kasih abang kental Yaya. Walau apa pun terjadi dia tetap mahu adik ada bersama dia.
    Tunggulah abang Wafiq.. tak lama abang ada kawan main sama:)

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم