Rahsia terbesar banyakkan susu badan

Bismillah... Assalamualaikum... Rahsia terbesar banyakkab susu badan... Yang utama niat korang memang kuat nak exclusive breast feeding..semangat kena kuat..jangan fikir susu aku tak cukup..Allah anugerahkan kita zuriat..takkan Allah tak sediakan susu untuk anak kita? Yang penting semua dari diri..



Rahsia terbesar banyakkan susu badan..

Rahsia Utama :

Jangan skip waktu makan utama, brakfast, lunch and dinner semua kena sapu okeh. Sebabnya makanan nie la yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu..ada ibu-ibu 'segan' nak makan makanan berat..ambik kuih-muih untuk alas perut.. segala zat dan nutrien dah kelaut... Bimbang naik berat badan & jadi gemuk la tuh, jadi mereka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.. menyusukan anak boleh kuruskan badan ye..ada caranya tak nak makanan jadi lemak menempel dalam badan..-->kena baca rahsia ke3 nanti..

Rahsia Kedua :

Banyakkan minum air..sebanyak mana kena minum hanya diri sendiri tahu. Secara ringkas 1 liter air bersamaan 25 kg berat badan .. kalau berat badan 50 kg..kena minum 2 liter air..tapi kalau ambil supplement dan menyusukan lagi banyak lagi bagus.. Air kan penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia Ketiga :

Kalau mampu ambil lah makanan tambahan/supplement.. walaupun bukan supplement yang menyebabkan susu badan bertambah TETAPI pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan B Complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.

Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susu ibu.




.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post