Perhatian Untuk Fashionista Dan Hijabista


Assalamualaikum ....

Semasa aidil adha hari tu kawan yaya sambut di Palestin..buat korban kat sana..ikut rombongan seorang ustaz..banyak la tempat-tempat menarik dan bersejarah yang mereka pergi ..bila dah balik Malaysia pengalaman dikongsi bersama kawan-kawan lain secara 'picture and video tour' .. sebelum nie yaya ada buat entri tentang manisan yang di bawa balik dari palestin..buah tangan dari kawan yaya nie laa...

bila tengok gambar-gambar dan video tu sedikit sebanyak kita fahamlah kehidupan orang kat sana..selepas solat pagi raya aidil adha kedai-kedai tepi jalan barang jualan yang diletak di hadapan kedai adalah senapang mainan..semua kedai macam tu..anak-anak bermain senapang mainan..seolah-olah nak menerapkan sifat keberanian..

tapi ada satu gambar nie menarik perhatian yaya..


dua wanita berpakaian hitam saling mengadap tu adalah wanita yahudi yang warak..yang kuat agamanya...tengok la cara mereka menutup kepala ... kain dililit-lilit dan dibiar berjuntai..itu adalah cara mereka...

tapi yaya tengok ramai je orang Malaysia kita nie duk pakai fesyen macam nie..terutama mereka yang taksub dengan fesyen..mengikut tanpa usul..asal cantik di mata mereka..padahal syariat Islam dah jelas..bertudung kena la menutup dada ..fesyen yang lilit-lilit macam dalam gambar tu dah jelas terpampang nampak leher.. 

dah tau itu fesyen orang yahudi..lepas nie tak yah lah ye pakai macam tu..ermmm..tak cantik pun kan pakai macam tu..macam pakai serban je..hehhee



Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.






*kata kawan yaya lagi..negara dorang macam negara kita jugak..bezanya semua bangunan di sana akan ada CCTV .. patutlah Palestin di gelar 'penjara terbesar di dunia' mereka bebas tapi sebenarnya ada mata memerhati...







.


7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. tenkiu for da sharing. sy mg xminat pakai cmtu :)

    ReplyDelete
  2. oh..baru tahu!tq sharing..tapi ramai jer wanita kat malaysia pakai tudung cmnih..uhuhuh

    ReplyDelete
  3. sudah terang lagi bersuluh, taktau juga entahlah

    ReplyDelete
  4. singgah malam..
    ya betull,jgn main ikut pakai je kan..kaji dulu
    jemput baca entri saya.
    baru je publish 2,3 lepas

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/11/hijab-rahsia-muslimah-menawan.html

    ReplyDelete
  5. ya betul tu.jgn main ikut pakai je.seeloknya kaji dulu.

    jemput bca entri saya.baru je 2,3 ari publish

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/11/hijab-rahsia-muslimah-menawan.html

    ReplyDelete
  6. x reti nak pakai tudung belit-belit ni..x leh napas!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post