In Shaa Allah @ InsyaAllah ?

Assalamualaikum ...

Ni pencerahan dari saudara Hilal Asyraf berkenaan 'fatwa' Dr Zakir Naik berkenaan 'tulis In Shaa Allah bukan tulis dengan ejaan lain.'

yaya copy paste dari FB hilal untuk perkongsian semua ...


Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. Kalau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya Allah- begitu, maka tiada masalahnya nak eja macam mana pun dalam tulisan lain. Yang penting, tulisan arabnya tidak boleh berubah.

Itu pendapat saya.


Saya ambil contoh nama Afifah.

Di dalam bahasa arab ianya dieja dengan huruf-huruf berikut:
'ain baris atas, fa baris bawah, ya mati, fa baris atas, ta marbutoh.

Dalam bahasa melayu, ejaannya banyak:

Afeefah,
Afifah,
'Afeefah
'Afifah
Aafifah
Afiifah

dan sebagainya.

Adakah semua ejaan dalam huruf latin itu salah?
Tidak. Selagi sebutannya dalam bahasa arab, mengikut huruf bahasa arabnya itu betul, maka ejalah dalam huruf latin macam mana sekalipun, akan jadi betul.

Maka begitulah juga isunya InsyaAllah.

Saya tulis macam ini --------------> InsyaAllah.
Dr Zakir Naik nak macam ini -------------> In Sha Allah.
Ada orang suka tulis ----------> Insya Allah.

Dua-dua tak ada masalah. Janji sebutannya dalam bahasa arab betul.


Ini isu sama macam Doa awal tahun dan akhir tahun.

Yang pentingnya, doa itu bukan datang daripada Rasulullah.
Nak baca ke tak nak baca, itu terpulang pada kita.
Janji, jangan pergi kata itu sunnah la, itu daripada Rasulullah la, kalau tak baca berdosa lah, kalau tak baca tahun itu tak berkat lah, kalau tak baca kesian lah, dan macam-macam.

Jadi, orang nak tulis InsyaAllah macam mana sekali pun dalam huruf latin, okay sahaja. Tak berdosa. Tak salah. Selagi mana dia sebut mengikut sebutannya yang betul berdasarkan ejaannya dalam bahasa arab. Jadi jangan gaduh bila tengok orang buat tulisan lain dari tulisan kita.


Kongsi sedikit, saya ada kawan saya suka tulis 'masyarakat' dengan ejaan 'masharakat'. Dia juga suka tulis 'mengubah' dengan ejaan 'merobah'. Dia juga suka tulis perkataan 'masalah' dengan ejaan 'masa alah'. Pada saya, dia mungkin akan kena tolak markah dalam paper BM kalau pergi ambil periksa bila eja macam itu. Tetapi di dalam kehidupan, di dalam FB, itu bukan satu kecacatan, kekurangan, untuk saya nak bising pada dia - "Weh, hang eja salah ni. Berdosa ni!"


Sebab sebutan dia dengan sebutan saya, sama. Walaupun ejaan berbeza. Lainlah dia tulis 'masharakat' tapi sebutannya bunyi - mashorakot -, yang itu mungkin saya akan tegur. Apa kebendanya 'mashorakot'? Tapi kalau dia eja 'masharakat', sebutannya juga 'masyarakat', so, no big deal.


Kalau tulis pun In Shaa Allah, tapi sebutnya dengar 'in sa Alah' ke, tak boleh pergi juga. Biarlah tulis InsyaAllah, janji sebutannya betul ikut sebutan arabnya - in sya Allah - macam itu. Setel yang itu, setel lah. Nak eja macam mana pun dalam huruf latin, suka hatilah. Janji sebutannya betul!


So, rujuk balik teks arabnya, untuk lihat sebutannya, makhraj hurufnya, harakatnya, bagi betul. Itu yang penting. Bukan tengok huruf latinnya eja macam mana. Sebab InsyaAllah itu sebutan arab.


Sekian pendapat saya.


*suka guna InsyaAllah ...apa yg penting sebutan membawa maksud yang betul...





6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. saya setuju gn pendapat saudari..xbaik kite membuat org keliru...isu ni terlalu remeh utk dibahaskan...semua org dah tau sebutan insyaAllah tu..ejaan xmemberi makna yg memudaratkan melainkan sebutannya jgk berubah terus..

    ReplyDelete
  2. Kakak setuju kata Yaya. Ejaan jawi sebab ada melibatkan sistem harokat. Kita mana ada. So bila eja rumi yg penting bagaimana kita sebut. Tapi akak rasa UAI dah bagi penjelasan tak salah kalau tak eja macam Dr. Zakir sarankan.

    ReplyDelete
  3. kawan nabila baru tegur pasal ejaan perkataan "insyaAllah|. Now,baru jelas. Nabila lebih suka tulis insyaAllah. Thanks akak. ;)

    ReplyDelete
  4. Bkn ke yg penting maksudnya? Kita eja dlm bahasa rumi.pastilah berbeza2 ejaannya.yg penting niat kita menyebut maksudnya.

    Kdg2 benda gini dikupas menambah kekeliruan org ramai pd pendapat saya

    ReplyDelete
  5. dulu isu salam, as salam....
    ejaan berbeza tp maksud masih sama..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post