Assalamualaikum ...
eh..kawan-kawan sekelian cuti tak? yaya ambil cuti extra..jadi dapat la santai-santai tak ketahuan hala kat rumah..mak yaya tak ada kat rumah..berjimba dengan adik beradik dia di Langkawi..hari Khamis nie baru balik.....bila mak tak ada sifat malas tu harus ada jugak sikit-sikit..semalam pun lunch makan kat luar...tak padan dengan bini orang kan ..kihkih..lagi pun mr.tmfs kerja..menjemput dia kat tempat kerja je la pergi makan nasi ayam hainan..
bila ada mak kat rumah rajinnya dipaksa-paksa tau..mak yaya tu..baru je kami kami semua nie lepas makan dan minum dalam sejam dua..bila duk santai-santai depan tv harus dia cakap kat yaya..
' tanya lah Fadzli tu..nak minum air tak? '
- arahan nie tak berapa lama selepas sarapan pagi...
' buat la air, bawak keluar makanan ... tak pun pergi goreng keropok tu hah? '
- arahan nie tak berapa lama selepas makan tengah hari ...
' tu Fadzli tengok tv tu duk saje je...buat lah air untuk dia...'
- arahan nie tak berapa lama selepas makan malam..
dan Yaya akan jawab ...
' laa..baru lepas makan, baru lepas minum..'
' nak kena makan lagi ke, nak kena minum lagi ke ?'
hehe
tapi mak tetap akan menjawab jugak .... 'tanya dulu!'
nak tak nak kena tanya jugak mr.tmfs...kebanyakan daripada jawapan adalah gelengan..hehe..
rasanya mak-mak kita memang macam nie kan..bab suami memang jaga betul-betul..bab pakai, bab makan..nasib la mr.tmfs tu jenis sempoi..bab makan bab pakai semua sempoi..makan tak suka banyak lauk..lepas makan lebih senang minum air masak...air manis waktu breakfast cukup dah katanya..senang isteri mengurus..untung badan..hihi.
*entri selesai ditaip 2.09 am ... sekarang sedang meronda Zoo Kemaman...
.
Kelak bila Yaya dah ada menantu mesti macam mak juga. Kalau boleh nak anak jadi isteri terbaik pada sisuami. Tunggulah lebikurang 20 tahun lagi mana tahu hihi...
ردحذفuitt..cuti ke.kite jugak yg kena kerja..emm.
ردحذفyelah, org dulu2 mmg camtu kan kak..makan pakai suami tip top.
hehee. tu lah hebatnya orang2 dulu2 jaga suami kot. :)
ردحذف