Jadilah Penderma Organ

Assalamualaikum ...

Korang pernah terfikir untuk jadi penderma organ ? Kini orang ramai boleh mendaftar secara online untuk menjadi penderma organ di laman web A Gift For Life ..

Kementerian Kesihatan mendapati seramai 15,611 pesakit di seluruh negara masih menunggu organ yang didermakan orang ramai. "Daripada jumlah itu, seramai 15,581 merupakan pesakit buah pinggang, 16 pesakit hati kronik, lapan pesakit jantung, tiga pesakit paru-paru dan enam lagi pesakit paru-paru serta jantung. "Walaupun masyarakat telah sedar akan pentingnya pendermaan organ bagi menyelamatkan nyawa orang lain, namun jumlah penderma organ masih rendah di negara ini, iaitu hanya mencatat 1.7 peratus daripada kira-kira 28.7 juta penduduk," katanya. Dari segi jumlah pengikrar organ pula, Liow berkata kementerian menerima 205,478 borang setakat bulan lepas dan mencatat 0.73 peratus daripada jumlah populasi penduduk, namun jumlah itu masih tidak mencukupi.

Berita penuh : Sinar Harian



Fatwa-fatwa di  Malaysia berkaitan pendermaan organ : 



Proses pendermaan organ :

Korang boleh baca sendiri..tapi yaya nak copy paste jugak sikit kat sini.. proses adalah berbeza sekiranya pengikrar organ meninggal di hospital atau di rumah.

...Penderma akan masih diberi sokongan sepenuhnya dan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris akan di bawa ke dewan bedah di mana mesin pernafasan dan segala sokongan akan diberhentikan sebelum organ itu diambil. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna. Mata yang didermakan diganti dengan kapas dan kelopak mata dijahit dengan teliti supaya penderma kelihatan normal. Sekiranya tulang didermakan, hanya tulang panjang sahaja yang akan diambil dan digantikan dengan tulang palsu supaya tidak ada kecacatan. Proses pendermaan boleh mengambil masa dari tiga hingga lapan jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Setelah proses perolehan organ selesai, jenazah akan dipulangkan dalam keadaan sebaik mungkin kepada waris di Mortuari hospital dan sekiranya bedah siasat diperlukan untuk kes "medico-legal" ini akan dipercepatkan....


Selanjutmya di : proses pendermaan organ 


 Anda nak kad ini ? jangan lupa mendaftar di SINI ye ....



*bermonolog dalam diri ....

betul lah apa yang dikatakan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan katakan tu (Sinar Harian) .. yaya memang sedar akan pentingnya pendermaan organ bagi menyelamatkan nyawa orang lain..tapi ..macam mana nak cakap ye? .. bila melibatkan jasad kita (walaupun kita telah tiada lagi pada masa tu...) memang susah nak diterangkan..sekarang nie pun tak sanggup nak  tengok accident sampai putus angggota..selalu berdoa biarlah Allah cabut nyawa nie dalam keadaan yang baik.. bila cakap bab pendermaan organ nie memang terasa la mentaliti i nie kelas ketiga ^_^ Entahlah .. yaya kena fikir banya kali rasanya sebelum mendaftar...

Walhal dalam agama Islam pemindahan organ adalah diharuskan (dengan syarat tidak ada alternatif lain untuk menyelamatkan nyawa pesakit)

Kita meningggal dengan sempurna..dan anggota badan kita..buah pinggang, mata, jantung, hati, paru-paru, tulang dan kulit kita masih elok.. dan ada insan yang sangat memerlukan.. dan kita memberikan mereka anugerah kehidupan yang tak ternilai... 

dan korang..jangan bermonolog macam yaya.......tapi nak juga tahu pendapat korang...hmmm.....





4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. agak2 Datuk Seri Liow Tiong Lai tu derma x?

    ردحذف
  2. husband saya pun ada dilema macam yaya..saya sebenarnya teringin jugak nak daftar jadi penderma..tapi dia tak bagi buat masa sekarang..harap2 masa depan nanti hatinya terbuka..

    ردحذف
  3. derma darah pon pcl belum penah lagi....hermm !

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم