Assalamualaikum ...
Apakah itu "clubfoot"?
Clubfoot atau dalam bahasa perubatan "talipes
equinovarus", adalah sejenis kecacatan lahir yang boleh dirawat. Ia dihadapi
oleh lebih kurang 150,000 ke 200,000 bayi dalam setahun. Clubfoot akan
menyebabkan kaki kanak-kanak ini berpusing ke bawah dan ke dalam. Kejadian ini
berlaku ketika proses pembentukan di dalam rahim lagi. Pakar perubatan mendapati
janin ini bermula dengan kaki yang normal kemudian kaki itu akan berpusing ke
dalam ketika berumur 3 bulan. Kebanyakan bayi ini tidak kehilangan sebarang
tulang, otot mahupun tisu penyambung. Ia adalah satu kejadian lahiriah, bermakna
ia akan terjadi ketika bayi lahir. Ia juga adalah satu keadaan kacacatan
lahiriah yang biasa berlaku. Ia mungkin akan berlaku pada satu atau kedua-dua
kaki bayi di mana kaki tersebut mungkin keadaannya fleksibel hingga ke keadaan
yang tegang dan keras. Keadaan ini tidak menyakitkan bagi bayi clubfoot yang
baru lahir, namun ketika kanak-kanak ini sampai ke peringkat mahu berjalan
keadaan clubfoot ini akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan jika ia mampu
melakukannya.
Bilakah anda akan tahu?
Ibubapa akan menyedari keadaan clubfoot ini biasanya pada waktu kelahiran.
Beberapa kes dapat dikesan ketika ibubapa membuat 'ultrasound' ketika bayi masih
didalam perut. Jika anda tertanya-tanya adakah anak anda mempunyai clubfoot,
sila hubungi pakar perubatan yang berpengalaman mengesan keadaan ini (tidak
semua pakar perubatan mampu mengesan "clubfoot").
Sumber : Clubfoot Malaysia
Moga lebih ramai yang mendapat info tentang clubfoot... mulanya ingatkan kecacatan kekal..tapi baru yaya tahu clubfoot ni disebabkan cara kebiasaan bayi membengkokkaan kaki ke dalam sejak dari dalam kandungan lagi..dan kebiasaan ini lah apabila bayi dilahirkan kaki tetap membengkok ke dalam..
Antara rawatan untuk memulihkan kaki bayi adalah dengan memakai kasut khas dari hospital..ada yang yaya baca selain pakai kasut kaki bayi juga boleh disimen..ibu bapa juga boleh mengurut kaki bayi..tapi pastikan kita tau cara mengurut yang betul..biasa pihak hospital akan ajar...Insya Allah kaki bayi akan kembali normal....
kalau x boleh baiki dr baby, mesti dah besar nnti susah nk jalan kan. sebab teringat dulu senior wida ada sorang yang kaki cam ni.kiranya dia tu oku lah kan.
ReplyDeleteTu la...kesian tengok budak2 yg clubfoot nie..siap kena ejek capek lg..rupanya boleh dipulihkan selepas lahir..
DeleteBaru sy tau. Fuh...thx for the info.
ReplyDeleteMemang ada rawatan utk clubfoot ni, tapi memang betul, kena rawat sejak awal lagi...
ReplyDeleteKesian jugalah sebab kalau nak berjalan pun susah. Tapi itulah kalau tindakan segera boleh pulih masih ok lagi..
ReplyDeleteblogwalking baca entry sambil follow cni..baru tau pasal clubfoot ni..huhu..
ReplyDeleteOo clubfoot nmanya. .
ReplyDeletetak pernah tahu sebelum ni..baru tahu wujud kes macam ni...
ReplyDeleteanak saya clubfoot dari lahir
ReplyDeletealhamdulillah improved banyak dengan rawatan fisioterapi dan casting
jemput singgah di www.elis.jomsupplement.com untuk lebih info
Anissa 0192776969