Tak apa ke bayi baru lahir diberi makan kurma ?

Assalamualaikum ...

Belah mulut sebenarnya ..hihi..kena tunggu baby 6 bulan baru boleh bagi solid food tau.. 6 bulan pertama susu ibu sahaja sudah memadai.

nie part belah mulut/bertahnik nak kira macam mana pulak ?

Cara baginda rasulullah bertahnik dengan kurma

Bukan bagi banyak pun..sebiji pun dah memadai kan. Ada faedahnya apabila bayi baru lahir ditahnikkan dengan sesuatu yang manis seperti kurma didapati boleh mengurangkan rasa sakit kepada bayi apabila disuntik untuk diambil sampel darah. Ia juga dapat mengawal kadar denyutan ketika bayi dikhatankan.

Kandungan sukrosa yang terdapat dalam kurma bertindak sebagai analgesik (penahan sakit). Bayi akan akan kurang menangis apabila lidahnya dapat merasa manis ketika disuntik untuk diambil darah. Seolah dapat mengalih perhatian lah kan...

Bayi yang baru lahir berisiko mati sekiranya paras gula di dalam darah terlalu rendah. Kurma pula seperti diketahui amat kaya dengan gula. Sebaik dilahirkan bekalan nutrisi daripada ibunya terputus. Maka tubuh bayi akan beralih kepada apa saja bekalan yang ada pada tubuhnya ketika di dalam rahim ibu. Sehinggalah ibunya dapat menyusukannya  barulah bayi mendapat nutrisi. Pada saat terputus bekalan nutrisi inilah organ-organ di dalam tubuh bayi sangat aktif. Jadi bekalan yang ada pada tubuh bayi cepat habis digunakan menyebabkan paras gula darah menurun dan membahayakan bayi.

Justeru bertahnik dengan tamar dapat membekalkan gula kepada bayi. malah ia dapat disebarkan kepada sistem tubuh dengan cepat dan melindungi bayi dari kekurangan gula.

Sesungguhnya Rasulullah SAW terlebih dahulu mengetahuinya lalu sunnah  ini amat bertepatan sekali dengan kesihatan bayi.











.

2 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Bertahnik dgn kurma lebih baik dr madu...Lebih mudah bawa kuram berbanding madu.. bagi shima la :))

    ردحذف
  2. kalau kat hospital kat johor bes..kat wad bersalin tu mmg ada ustazah datang utk tahnikkan baby dengan kurma..jadi baby yg baru lahir tu terus ditahnikkan.. kata kakak saya..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم