Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis | Pertama kali Yaya mencuba membuat sendiri kuih cara manis. Kuih cara ada dua jenis, kuih cara manis dan kuih cara berlauk. Sebelum nie pandai beli je..rupa-rupanya teramatlah senang nak membuatnya . Mak Yaya pun pernah buat sekali je..lepas tu elok je tersimpan rapi dalam kabinet acuan kuih cara tu..mintak dengan jiran 2 helai daun pandan dibaginya sampai sepohon..haha..rumah dia pun memang dikelilingi dgn pokok daun pandan..haha.rezeki jangan ditalk. nanti buat resepi lain pula guna daun pandan yang banyak ni.

Rupa-rupanya senang sangat membuatnya! bila dah tau buat mesti minggu depan jiwa Yaya rasa terkilan tengok harga kuih cara manis kat bazar ramadhan..haha.agak-agak korang seringgit dapat berapa keping? hihi

Bahan-bahan pun simple je. Jom semak resepi.

Kuih Cara Manis


Resepi Kuih Cara Manis


Bahan-bahan :

- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan segar
- 1/2 cawan air daun pandan (potong kecik-kecik then blend)
- 3 biji telur
- garam secukup rasa
- sedikit pewarna hijau
- gula pasir - untuk inti



Cara Membuat :

1) Masukkan semua bahan kecuali gula pasir dalam blender..

2) Panaskan acuan..(dahulu kala acuan ini hanya berharga RM8.00 di Pasar Payang..sekarang tak tau la berapa dah harga)

3) Sapukan setiap lubang acuan tu dengan minyak. Yaya guna daun pandan yang diikat jadi kecik gitu..pastu potong hujung jadi halus2..celup dalam minyak kemudian sapu pada acuan..

4) Tuang adunan yg diblend tadi..nak senang letak dalam bekas kecik yg bermuncung..tak adalah berat sangat tangan menanggung beban..hehe

5) Biar dalam seminit dua baru tabur gula pasir kat tengah-tengah tu..sebabnya nanti takut gula tu mendap sampai bawah..kita tunggu kuih cara tu mengeras sedikit..biar gula duk center gitew.jangan letak banyak sangat..setakat hujung-hujung sudu kecil tu jer..

6) tutup acuan dengan tudung periuk..sekejap je dah masak..dalam 8-10 minit dah masak..

Yaya tak pasti tang masa masak nie..tapi memang sekejap..pandai-pandai korang la angkat tudung periuk tu check dah masak ke belum..tengok bahagian bawah dah agak garing masak la tu..

Selamat mencuba.

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kakcik pun tak pernah cuba buat kuih ini. Acuannya pun tiada! ;-)

    ReplyDelete
  2. akak suka kuih cara berlauk.tapi 2 jenis ni tak reti buat.acuan pun takde hihi.senang jugak ye cara buatnye.

    ReplyDelete
  3. Lihat yaya buat terasa puasnya dapat makan sebab selalu kakak beli 3 seringgit macam tak puas..

    ReplyDelete
  4. wah feveret ros jgak nih..nyum2 :) tq resepi :P

    ReplyDelete
  5. wida suka cara berlauk..tp yang cam ni pon suka jugak,

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post