Assalamualaikum ....
arnad ?
Pendapat anda :
Adakah itu satu kesalahan yang disengajakan atau tidak.. atau mungkin disleksia ?
Bagi yang tidak tahu apa itu disleksia .. disleksia bukanlah sejenis penyakit (semestinya tidak memerlukan ubat) tetapi merupakam satu gangguan dalam prosen pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Mereka akan menghadapi masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.
Siapa pernah menonton filem Taare Zameen Par..sebuah filem arahan dan terbitan Aamir Khan..bagi yaya filem yg dah agak lama nie (Disember 2007) mmg filem tak lapuk dek zaman..tengok la berulang kali pun..kesannya tetap terasa..Taare Zameen Par berjaya membuka mata guru-guru yang menganggap karya Aamir Khan tu seolah-olah 'Inspirational Enough' untuk menangani masalah pelajar slow dalam kelas.
Watak kanak-kanak bernama Ishaan adalah seorang disleksia..bagaimana ibu bapanya sememangnya agak tertekan dengan masalah anak yang lembap dalam pelajaran.
bayangkan kanak-kanak disleksia cenderung untuk :
- menulis huruf secara terbalik..(macam gambar atas tu la)..
- membaca secara terbalik..raga = gara , lagu = gula
- ayat-ayat pun baca dalam keadaan terbalik seperti pada masa yang masa = dapa sama yang sama
- kekeliruan terhadap simbol dan suka menterbalikkan nombor seperti no 3 dan 8 , no 6 dan 9
bukan ke mereka agak unik ??..kalau parents tak tahu anak mereka ada masalah disleksia rasanya hampir setiap hari kerja mereka hanya meleter anak..
berbalik pada movie Taare Zameen Par .. pendekatan seorang guru yg masa kecilnya juga disleksia berjaya mengubah Ishaan.. Ishaan adalah seorang anak yang hebat dalam seni lukis, bakatnya diasah..perlahan-lahan belajar mengenal huruf dan akhirnya boleh membaca..hanya kerana terasa dirinya disayangi dan dihargai..tidak disihkan...tidak dibandingkan dengan adik beradik yg lain..(satu contoh pengorbanan guru..mendidik anak,menyedarkan ibu bapa)
Jom kenali seorang SAIFUL NANG - professional photographer, film director, instructor and blogger di mana zaman kanak-kanak beliau adalah seorang disleksia tapi sekarang dah jadi orang berjaya ...
*gambar di atas, kesalahan tidak sengaja, sengaja atau disleksia ? ^_^
.
ada kemungkinan jugak tu....tapi rasa mcm tak sengaja je...penah tgk movie ishaan tu.cikgu dia mmg kental semangat la xputus asa terhadap ishaan.
ReplyDeleteowh itu rupanya yg dikatakn disleksia..ramai gak jmpa tulisan terbalik..sengaja agaknya tu..
ReplyDeletebaru tau tentang disleksia ni.... mula2 bukan main tekun la aku nengok gambar tu, ape benda yang xkenanye... hehehe.. rupanye nk bg info pasal disleksia... thankz for this sharing :)
ReplyDeleteSepupu kakak pun ada sorang anak disleksia masa kecik. Tapi sekarang dia dah boleh buka klinik homeopathy sendiri.
ReplyDeletemungkin dia memang begitu.. so, tegurlah... ajarkan balik
ReplyDeletekalau budak kecik,maybe ok lagi..tapi kalau masaalah ni dihadapi oleh orng dewasa..bermasaalah ler
ReplyDelete