Asssalamualaikum ...
BALING: “Biarpun diri kami dimamah usia, tetapi tetap bahagia meskipun kesihatan tidak mengizinkan keluar bersiar-siar seperti pasangan lain.
“Dalam keadaan ini, memadai menghabiskan usia ini dengan berkasih sayang di dalam rumah,” kata Samsudin Desa, 72.
Samsudin, dari Kampung Jenalik Siput, Mukim Siong, di sini, yang sakit lutut dan darah tinggi, terpaksa menghabiskan usia bersama isterinya, Putih Chendra, 83, kerana kedua-duanya semakin uzur dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah.
Malah, Putih hanya terbaring dan duduk di tempat tidur sepanjang masa akibat usia yang semakin lanjut.
Samsudin berkata, dia hanya mengengsot di dalam rumah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana isterinya tidak boleh lagi melakukan kerja rumah dan duduk di tempat tidur sepanjang waktu.
“Dia (Putih) tidak boleh melihat kerana kedua-dua matanya rabun, malah mata kirinya dibedah empat tahun lalu. Isteri saya juga tidak boleh mendengar dengan jelas selain menghidap sakit jantung.
“Sayalah yang menguruskan semua di dalam rumah walaupun dengan mengengsot termasuk memandikan isteri kerana kasih sayang saya tidak pernah berbelah bagi meskipun usia kami semakin uzur dan menjaganya selagi hayat masih ada,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, mereka dikurniakan tiga anak dan seorang daripadanya tinggal berhampiran yang membantu menjaga makan minum seharian selain menjaga mereka apabila sakit.
“Saya tahu kehidupan mereka juga susah, tetapi mereka tidak pernah jemu menjenguk apabila musim cuti sekolah kerana saya faham anak mereka membesar dan bersekolah.
“Biarpun kami hidup berdua di rumah yang sederhana, tetapi bahagia kerana ada jiran yang menjenguk dan bertanya khabar,” katanya.
Samsudin berkata, dia mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
- semoga rumahtangga kami dalam rahmatMu sentiasa...aminn....
.

aminn
ردحذفmoga kita juga bahagia sampai ke tua ye.
ردحذفSebak baca kisah macam ni kan..
ردحذفAdakah mak ayah kita akan lalui benda yg sama?
Adakah kita juga akan lalui benda sebegini?
Atau kita tak panjang umur macam tu..
akak baca kisah depa dlm suwatkabar. mmg sedih. sentiasa berdoa semoga kasih kita juga kekal berpanjangan
ردحذف