Assalamualaikum....
Kalau ada duit seringgit dalam poket..70 sen duit bahagian diri sendiri, 30 sen hak orang lain..begitulah umpama harta kita..rezeki org lain, orang yang lebih memerlukan adakalanya diturunkan melalui kita.
Bertanya Saiyidina ibn Jabal r.a :
"Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka"
Dan Baginda bersabda :
"Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar,namun ia adalah perkara ringan bagi orang yang dipermudahlan Allah iaitu;
1) engkau menyembah Allah
2) engkau mendirikan solat lima waktu
3) menunaikan zakat
4) berpuasa dibulan Ramadhan
5) mengerjakan haji ke Baitullah
Kemudian Baginda bersabda ''Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Iaitu;
Puasa itu adalah perisai, (dan) sedekah itu dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api (yang marak menyala)..."
(Sebahagian hadis riwayat at-Tarmizi dan dimasukkan an-Nawawi sebagai hadis ke-29 dalam kitab hadis 40) .
Bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin, kan? :)
ردحذف