Pakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias | Assalamualaikum. Apa hukumnya jika seseorang wanita berpakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias serta gambar diambil oleh juruganbar bukan mahram ?
Hukumnya adalah dibenarkan dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar dan gambar dibenarkan untuk disebar kepada rakan taulan secara berpatutan, untuk memaklumkan perkahwinan telah dilangsungkan.
Contohnya photoshoot untuk wedding. Sebelum ni tak pernah terfikir pun pasal ni. Ye la cuma fikir nak bergambar nak buat kenangan, nak abadikan dalam album. Pakaian pun dah sopan, apa salahnya kan ?
Yaya terbaca satu artikel dalam sebuah majalah berkenaan perkara ni. Yaya kongsikan di sini. Semoga huraiannya betul-betul membantu.
Hukum menutup aurat tetapi bersolek dan berhias
Hukumnya adalah dibenarkan dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar dan gambar dibenarkan untuk disebar kepada rakan taulan secara berpatutan, untuk memaklumkan perkahwinan telah dilangsungkan.
Namun, jika timbul perasaan riak, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa yang dilakukan oleh pasangan. Hal itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar adalah haram. Ia dianggap haram li ghairih jika berlaku.
Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu daripada kalangan orang awam yang melihat, sebaik-baiknya gambar diminimumkan daripada disiar untuk hebahan bagi menjaga hati sendiri dan orang lain.
skrg ni mcm2 lah sis..outdoor lah, pre-weeding punya gambar lah.
ردحذفzaman sy dulu..amik kat pelamin n bilik jer..hihi
bila dah terbiasa, kat tv pulak dah byk tunjuk, majalah suma..tp ulama', ustaz2 tak tegur, tak kata apa..ya Allah..bantulah kami dalam mencari redhaMu..
ردحذفdunia akhir zaman kan...
ردحذفmoga kita semua dilindungi dari sifat lalai..
kalaulah dapat menaik nafsu syahwat org yg melihatnye berdosa kn.. :)
ردحذفthanks for the info kak :)
ردحذفbtw, kalau la iqa ni yg nk kawen, nk baju simple2 je. sbb skang tgk trend baju kawen over bebenor. :P lagipun simple tu lg comel :)