Kalau bercinta,
jalan berkepit macam belangkas,
hantar surat berbelas-belas,
SMS berbalas-balas,
masa dating sebelah tandas,
berpeluk-peluk dalam bas,
asyik menjeling dalam kelas,
minum air perghh kongsi segelas.
Bila ada konflik,
haa mula la nak frust,
nak tunai solat pun malas,
tak dapat tumpu study dalam kelas,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas,
takut...exam tak pass,
tup-tup awek sendiri kena kebas,
kesian...melepas..
So,
jadilah couple yang ada class,
berdating ikut lunas,
bergaul ada batas,
jaga maruah dengan tegas,
syariah dijaga dengan jelas,
tutur kata sentiasa beralas,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas,
janganlah bimbang,
cintamu pasti berbalas.
Cinta bukan pada couple,
Cinta bukan pada I U,
Cinta tidak terletak pada I MISS U,
itu semuanya cinta nafsu.
Cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab kabul dilafazkan,
ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah
Satkanlah cinta kerana Allah.
psst : berkenan dgn bait-bait kata..ambil dari surat khabar lama,,orang surat khabar kata info internet ^_^
cayalah!
ReplyDeletesmart!
ReplyDelete