Singgang sotong, sawi manis masak sos tiram, ikan goreng bawang, jus mangga

Assalamualaikum....

Siap dihidang,menunggu mr.tmfs balik makan.. kita bercuti dia bekerja..jadi faham-faham saje la..tak de makna nak keluar berjalan..kita main masak-masak je la ye..tak pe la,semalam dah gi dating berdua ..




Singgang sotong... Masakan mudah..hihi..bahan utama semestinya sotong, pastu letak bawang merah hiris nipis, serai yg diketuk,asam keping,cili merah dihiris dan sedikit garam..siap!




Sawi manis masak dengan sos tiram....sawi manis tu korang celur sehelai2 ye..letak sedikit garam kasar..ketepikan..pastu korang dadu bawang putih, cili padi,sedikit isi ayam,tumis semua tu bersama lobak merah yang disagat. Letak la kicap pekat, sos tiram..korang rasa la sesedap rasa. Tambah la apa patut..hihi..lepas tu baru curahkan atas sawi manis yg dicelur tadi.siap!




Ikan goreng bersama bawang...walaupun rupa ikan gorengku tak semenggah tp tetap ku damba ikan yg sebegini rupa..hahaha...bawang merah tumbuk digaul bersama garam,kunyit debu dan cili boh,lumur pada ikan..goreng..siap!




Jus mangga..yaya guna 2 biji mangga..eh mangga ke pelam? Lantak la.. isi mangga diblend bersama 5 sudu besar gula..fuh.. bila letak ais nengoknya tergugat iman..dah lama pantang minum ais..mmm...teguk je la seteguk dua...tak tahan nafsu!

Sekian menu lunch hari nie...suami pun dah balik...jemput makan semua....^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. baguslah kak boleh berpantang ais..wida ni pantang jumpa..huhu.
    cam nelah nak berpantang time bersalin nnti..ngee

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم