Sambal Ketuk Ikan Bilis Berapi | Assalamualaikum. Selain megi..nie hah satu lagi makanan budak asrama. Kalau mak bekalkan sambal ketuk, boleh la buat makan seminggu dua. Makan dengan nasi putih, nasi tak berkuah pun tak apa..tetap terangkat! Dulu masa di kolej, kawan Yaya, Lin akan selalu balik kampung. Orang dekat boleh la balik kerap. Kita mereput ler dalam bilik. Tiket bas Seremban-Terengganu pun bukan murah. Dah la tiket mahal, perjalanan pun lama. Orang kata kalau balik hujung minggu dapat penat duk dalam bas je. Haha. Ouch..banyak betul tragedi di Terminal 1..tiber teringat. Pahit atau manis, memori semua ni. Hihi.
Rindu la ngan sambal bilis yang mak si Lin selalu buat tu. Untung tau kawan dengan budak Jjelebu sorang nie. Bila dia balik rumah hujung minggu, balik kolej balik mesti mak si Lin ni bekalkan nasi, bekalkan sambal, bekalkan kerepek pisang..yang pasti akan ada sikit bahagian Yaya walaupun kami nie berlainan bilik.
Semalam yaya buat sambal ketuk nie. Request dari adik yang belajar di Polisas. Dia balik sehari jer pun..pagi nie dah balik kuantan. Katanya Selasa nie nak balik lagi. Rabu kan hari cuti, cuti umum sempena pertabalan Agung. Best best! Yaya nak apply cuti lah hari Khamis ni. Seronok adik-beradik berkumpul ramai-ramai.
Resepi Sambal Ketuk Ikan Bilis Berapi Penambah Selera |
Yaya kongsikan di sini sekali lagi untuk rujukan kita semua dan Yaya sendiri. Sekarang resepi mudah pun susah benar nak ingat. Akhirnya buka diari online ni juga..haha..nasib ada diari online ni.
Resepi Sambal Ketuk Ikan Bilis Berapi Penambah Selera
Bahan-bahan Sambal Ketuk Ikan Bilis:
- Ikan bilis
- Cili padi ~ belah dua
- Belacan ~ nak sedap bakar dulu
- Sedikit gula ~ jika suka
Cara-cara menyediakan Sambal Ketuk Ikan Bilis:
- Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dari meletup.
- Goreng hingga cili layu dan ikan bilis tadi garing.
- Angkat dan toskan.
- Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
- Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance rasa masin dari ikan bilis dan belacan. Tak letak pun tak pe, kalau letak pun bukannya banyak dalam 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
- Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!
Selamat mencuba!
1st time dgr pasal smbal ketuk ni.
ReplyDeletedulu kalau duduk hostel..arwah mak buatkan smbal bilis kering tu jer.
belum rasa da nampak sedap... :)
ReplyDeleteNgadap sambal ketuk ni dua tiga kali tambah nasi
ReplyDeletewah..sedap ni yaya..:)
ReplyDeleteSedap. suka buat sambal ketuk pedas-pedas. Makan dengan nasi panas lagi laju makan.
ReplyDelete