Resipi Muffin Coklat Pisang

Resipi Muffin Coklat Pisang | Separuh  pisangdah buat cekodok pisang. Separuh lagi Yaya buat muffin pisang. Merata mak Yaya mencari balance pisang atas meja. Hahah..sorry mak, dah sumpah jadi muffin. Mak ingat yaya buat muffin coklat biasa jer. Ada rasa pisang la mak...hikhik...


muffin coklat pisang


Toys Wafiq tu sajer jer nak interframe. Beli masa ke Kuantan minggu lepas. Yaya tanya nak ke tak mainan ni.  Dijawabya tak nak. Tapi ajak angkat kaki tak mahu pula dia. Tak kan nak tenung je keretapi tu sampai mall tutup? Hmm..ibu kena beli jugak akhirnya walaupun anak tak nak sebab ibu nak merayap shopping benda lain pulak..hihi


resepi muffin coklat


Tengok pada rupa memang out la muffin pisang coklat ni. Yaya nie buat keje bukan nak sopan santun lemah lembut, tau nak cepat masak, nak ngap cepat-cepat..sebab tu ada yg penuh cup, ada yang 3/4 cup..bior jer la..hahaha.

Belum siap kukus semua tapi Wafiq dah makan 14 biji. Kena dengan selera dia la tu. Banyak biji juga dapat muffin nie..dekat 100 biji. Dah macam nak buat berniaga pulak...hikhik...

Tak nak bagi semak peti ais yaya ambik letak dalam tupperware. Sebekas yaya bawak ofis. Sebekas bagi encik suami untuk bawa ke ofis jugak. Sebekas bagi adik suruh kawan-kawan kat sekolah makan, sebekas bagi kat mak minta mak jamu kawan-kawan dia..ye la ...daku pun dah kebas pisang mak kan..kehkeh...

Jom tengok resepi..Yaya ambil resepi muffin pisang coklat ni dari buku resepi Chef Hanieliza 365 resepi tu.. Tapi Yaya dah doublekan resepi tu sebab pisang ada lebih..)


RESEPI MUFFIN COKLAT PISANG


Bahan A: - diayak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa - yaya guna 1 sudu kecil garam sebab dah doublekan adunan

Bahan B:
  • 1 cawan pisang dilenyek - 8 biji pisang bila dilenyek dapat dalam 2 cawan jadinya...
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji telur - kacau sikit guna garfu


Cara-cara :
  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  2. Masukkan adunan ke dalam cup dan kukus selama 20 minit.


Senang je kan ? kalau susah tak de la yaya merajinkan diri nak buat...hihi....


2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. mmg banyak tu..patutnya kena hntr sebekas kat sy jugak..ngee

    ReplyDelete
  2. mmg banyak tu..patutnya kena hntr sebekas kat sy jugak..ngee

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post