Lok8u - jam GPS untuk anak

Assalamualaikum...

Bukan gajet baru...sekitar 2010 dah ada kat pasaran (tak silap yaya..) belum pernah buat entri lagi pasal Lok8u - Located to you - ia bukan barangan mewah tp mungkin agak penting . Sekarang nie kan makin menjadi-jadi kes anak hilang. Naik gerun pulak memikirnya...

Lok8u nie merupakan jam tangan yang ada GPS .. kalau dah guna GPS maknanya macam tak sesuai la kan kalau anak hilang dalam pasaraya..sah-sah tak dapat signal satelit..lebih sesuai untuk aktiviti outdoor seperti ke pantai. Jadi kalau anak kita tersesat atau hilang dari pandangan boleh terus kesan lokasi melalui komputer ataupun handphone.. Jam ni jugak ada fungsi sms, perakam suara & panic button.


boleh didapati dalam warna comel macam dalam pic tu juga ada warna hitam dan biru...


Harga pulak dalam RM 600.00 ... huh, boleh tahan harga...

untuk anak hyperaktif sesuai la kan? tp macam yaya cakap kat atas tadi..guna GPS..kalau budak tu kena culik, sampai petang mak bapak baru perasaan anak hilang, anak pakai jam canggih nie pun tak guna..kalau untuk tindakan pantas mungkin sesuai..nie kalau dah berjam hilang, penculik dah sorok anak kat dalam bangunan mana ntah mmg jam nie tak dapat nak membantu...

jadi jam tu cuma sandaran saja ye..kita nie mak bapak kena alert..biarlah orang kata kita sampai tak boleh nak berenggang dengan anak..macam tak percayakan anak saja katanya..kalau keluar mmg anak tak lepas dari pandangan mata..yang hilang anak aku..bukan anak korang..kan?

2 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. mula2 baca ingatkan rm60..rupanya rm600..fuh.
    kalau rm60 awal2 dah beli..pakaikan kat si waiz tu.
    budak tu dah byk kali hilang kat mydin..emm

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم