Assalamualaikum...
5 hari lepas masa kami masa yaya dengan mr.tmfs sampai rumah lepas balik keje elok lagi wafiq..menunggu depan pintu sambut kami berdua..hulur tangan kecik dia tu bersalam dengan kami..sempat lagi bergurau senda dengan wafiq..tapi bila melangkah je masuk dalam rumah terus dia menangis berteriak..secara tiba-tiba..tak keruan yaya dengn suami.mak mentua pun dah tak ketahuan hala..
Bila tanya wafiq kenapa dia menangis dia jawab ada tulang.makan nasi tengah hari lagi tak kan baru terasa ada tulang tercucuk dalam tekak? Mr.tmfs ambil torch light..xde ape pun.jolok dengan jari pun tak de rasa apa..dkt 20 minit jugak wafiq menangis,mulut pun tak tutup..sakit tekak dan gigi katanya...aduhai...tekak ke gigi wafiq?
Last,yaya ajak pergi bilik air gosok gigi..tp wafiq xnak..yaya ambil berus gigi dia,ajak gosok gigi kat dapur,siap mengadap cermin lagi..baru wafiq berhenti menangis,tersengih-sengih wafiq tengok mulut dia penuh dgn buih-buih ubat gigi..fikir yaya ada wafiq rasa tak selesa or sakit gigi kut sbb siang tu tok ma cakap wafiq ajak gi kedai..3 biji gula-gula dia makan..tp ok la lepas gosok gigi dia dah tak menangis..dah main macam biasa..mulut pun dah tak nganga..
Tengok wafiq dah 'bertenang' kami tanya lagi kenapa dia menangis. Terperanjat bila Wafiq cakap dia letak SOS CILI dalam hidung. Aduhh...sos cili? Dalam hidung? Cepat-cepat tengok sos cili paket kfc kat meja makan..semalaman dah sos cili tu letak kat atas meja tu..takut ada yg terkoyak digigit wafiq..tapi satu pun tak terusik..
Tengok dalam hidung wafiq tak nampak apa..yaya lurut-lurut hidung wafiq mana la tau ada rasa keras ke..tp tak de rasa ape pun.. wafiq pun dah tak menangis..pun tak cakap hidung dia sakit...
Tapi masa nak bersiap pergi kenduri tadi...yaya minta wafiq baring,nak pakaikan lampin..dalam minggu nie wafiq dah kurang pakai lampin..dah lama budak kecik tu kena toilet train..tapi biasa hujung minggu saje baru praktik..nk pergi kenduri tak berani la tak pakai..minggu nie pun yaya ambik cuti 2 hari,rabu & khamis..4 hari cuti boleh la nak toilet train sacara efektif.perkembangan positif!
Next time citer pasal toilet train..hihi..
Bila wafiq baring tu..terpandang yaya ada benda merah dalam hidung..mula tu ingat hidung wafiq berdarah..bila tengok betul2 bukan darah tapi biji saga! Memang tak boleh ambik guna jari..memang cancel la gi kenduri..terus ajak mr.tmfs pergi klinik..harap vacuum doktor boleh sedut biji saga tu keluar..
Mr.tmfs dgn wafiq dah duk dalam kereta menunggu yaya pakai tudung..sementara tunggu yaya mr.tmfs lurut2 hidung wafiq..lurut macam manapun yaya tak tau tp biji saga tu keluar! Hoho.. lega sangat! Hilang gundah kat hati ibu wafiq oii..
Gambar atas tu tangan wafiq pegang biji saga... Yaya dh ingatkan dia..' wafiq...jangan letak biji saga, jangan letak apa- apa dalam hidung,dalam mulut pun tak boleh'.
Alang- alang tak jadi ke klinik terus pergi kenduri walau pun tak pakai baju kurung..tak ape la..asal sampai kan..rumah sedara mara pulak tu..masa kat tempat kenduri yaya dengar wafiq sembang dengan dua pupu dia yg sebaya dengan dia... 'Aleesya..tadi kan ada naga(saga) dalam hidung wafiq... Jangan letak dalam hidung dalam mulut lagi ye...'
Alhamdulillah..wafiq ingat apa yaya pesan dia.. mungkin kejadian baru berlaku so dia ingat lah..tapi harapnya ingat la sampai bila- bila..wafiq oh wafiq.....
Nota : ada kenangan biji saga hari nie..mentang-mentang ler hari nie cukup 2 tahun 8 bulan, cipta sejarah ye wahai anak?
Published with Blogger-droid v2.0.4
bertuahnya anak..
ReplyDeleteayoyo mujur tak apa2. Alhamdulillah
ReplyDeleteteringat kes waiz hr tu..pon kena refer ke hospital sebab masuk polistryne kat dalm hidung dia..fuh.
ReplyDeletenasib x ape2 kn...
ReplyDelete