Servis Penghantar Susu Ibu


Assalamualaikum ....
Ada juga servis macam nie ye..pelik je bunyinya..alhamdulillah kat negara kita nie kesedaran mengenai penyusuan susu ibu dah semakin membuka mata ramai org ...  berlumba-lumba upload kat FB gambar stok susu dorang..tak salah pun..boleh bg semangat kat ibu-ibu lain...tapi cuma bila tang komen-komen bawah gambar tu..mula start stori mori pasal stok susu..lepas tu sessi masalah...tak leh nak menyusu or mengepam sebab itu nipples luka berdarah..nie kira sopan lagi ayat nie tapi ada lagi ayat-ayat yg kita baca pun malu rasanya...kat FB tu bukan semua kaum perempuan dan ibu-ibu..kawan-kawan lelaki pun ramai...segan pulak rasanya..hihi.....
tapi kes ibu kat Jakarta nie pelik la bg yaya..hehe...dah ada ilmu tentang kebaikan susu ibu tapi masih rasa sangsi nak bg susu ibu yg dibekukan..so rela guna servis penghantaran..sekali hantar RM 13.00.. tak pe la...demi anak....untung anak dia dapat minum susu fresh....^_^

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.


Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaik

JAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan.
innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "603"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";
Enggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal.
innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";
"Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak," kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan.

Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari.

Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.

Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita.
Ini turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.

Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja.

Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer.

"Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah," kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung.

Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.

Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters
sumber : http://www.bharian.com.my/articles/2012011906032720120119060327/Article/

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wah..ada jugak servis cam ni yer.
    bagus jugak..jgn yg tukang hntr tu curik minum sudahlah..hiks

    ReplyDelete
  2. idea bagus dh..tp in case susu tertukar tanpa disedari...mcm mana? rosak nasab keturunan

    ReplyDelete
  3. baru nak persoal..munna dah persoalkan...takde kes tertukar ke nanti...kat fesbuk tu mungkin patut wat private pages utk bincang sesama ibu dengan jayanya.ye la segan gak yg baca remaja2 lelaki pun ada...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post