Kek Coklat Tanpa Butter Dan Telur

Assalamualaikum ...


Masa duk search resepi kek tanpa telur tersinggah la kat blog kak nor..kek coklat tu nampak best..menggiurkan...tak boleh tahan..last week dah buat...this week buat lagi..memang sedap..serius sedap..kalau tak tak kan sampai 3 kali buat..minggu lepas sebiji..hari nie 2 biji..hihi..mula2 buat sebiji..tapi bila dah start sesi memotong dan men'ngap'kek tu..mok yaya bukan main lagi cakap sedap..(yg last week mok dok mkn ke ?..hmm..) kalau org tua kata sedap means mmg sedap la kan..haha..siap mok suruh buat lagi sebijik sebab petang esok geng2 dia nok mai rumoh nok tengok cucu mok no.2..sibuk dah dia buat popia and prepare sayur2 untuk mee hoon tomyam..

kek coklat tanpa telur dan butter..adik yaya yang dalam pantang tu hentam makan je sebab tak de telur katanya...erk..air cuka macam mana pulak ye...bahaya tak?

mmg gebu dan mulus kek nie....lembut je...nak buat pun senang..dah la tak payah guna mixer..just campur semua bahan..kacau2 je dgn senduk kayu or spatula...lepas tu tapis dan bakar..senang kan ?



selepas bakar..lama je rasa nak tunggu kek nie sejuk .. letak dlm peti ais dulu...lagi sedap makan....



mmg terbaik la rasa kek coklat nie kak nor..sedap..bukan main pelahap lagi budak Wafiq tu makan..


semak resepi dulu ...

resepi asal : Dayang Jack
kredit juga untuk : kak nor secubit garam

Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam*
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.









Klik 'like' kalau suka entri nie..^^

9 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. guna kopi ape ye..?? kopi serbuk tu ke..??

    ReplyDelete
  2. kak sal..sebelum nie guna kopi uncang..yg nie guna kopi serbuk..dua2 boleh guna...hihi..

    ReplyDelete
  3. ok teng kiu..emm..kalau kesempatan ari nie nak try..kalau x pun..esok saje..kite tengok hasilnya nanti k...

    ReplyDelete
  4. minat je nak buat tp kopi n cuka pulak xder..

    ReplyDelete
  5. nmpk mmg cam sedap..leh try nnti ni

    ReplyDelete
  6. wah.
    kita xreti buat kek.
    mcm nak cuba jek.
    nampaksenang..=)

    ReplyDelete
  7. kek pebret ni kalau balik kg mesti suh mak buat..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post