Kuih Kukus Bawang Goreng


Assalamualaikum ...

Semalam tengok blog kak nor..ada resepi kuih kukus bawang goreng.. tengok macam senang je nak buat..bahan-bahan pun senang... stok bawang goreng ada banyak..mak sedara ada buat majlis sambut menantu minggu lepas..ada banyak jugak la bawang goreng lebih..dia bg kat mok..mok pulok dari minggu lepas bawak balik dok sentuh langsung bawang goreng tu ....

cara buat mmg senang..semua campak masuk blender...tapi nape hasilnya tak sama macam kak nor punya...rupanya tak lawa.....huwaaa...tapi mok yaya cakap sedap..kuih tradisional nie org tua suka makan...


nie la hasilnya..buat pg td...kehkeh..malu daku nak uplod kat sini....hihihihi.....bawang goreng tu kak nor dah pesan jangan letak banyak..tapi yaya degil...sebabnya suka sangat makan bawang goreng...best apa bawang goreng...hihi..sorry yer kak nor....



2 potong pertama bg mak dulu...biar dia rasa dulu..nasib dia suka...hihi...
tak letak tepung ubi..tak de stok..malas la nak gi beli..hihi...derhaka lagi..tu hasil tak sama dengan orang lain tu..pulak tu tengok santan ada lebih banyak..kepas tu ku tambah lagi gandum...tambah gula...tambah lagi air pandan..last-last resepi ntah ke mana..sayang jugak kan kalau yg lebih2 tu buang macam tu je..kalau simpan dalam peti ntah bile ler nak guna lg...hihihihi......



sekejap je dh tinggal balance banyak nie..rasa petang sikit habis la kuih nie..adik-adik pun suka...tapi Wafiq tak nak..dah sua kat mulut dia tp tak nak jugak..huhu..mungkin sebab rupa tak lawa...

jom kita cek resepi dulu ....


KUIH KUKUS BAWANG GORENG
resipi asal : Izah Daud
sumber: http : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

Caranya:
Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.

13 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. tak pernah jumpa pon kuih ni..
    mesti wangi sbb ada bwg goreng

    ReplyDelete
  2. tq sudi try kuih ni. betul tu, kuih2 gini org2 dulu suka makan. drhaka resepi tu mmg subjektif ikut kreativiti dan baahn2 yg ada kan. yg penting menjadi.

    ReplyDelete
  3. LM dah tgk kak MADIHA buat..blm buat lg..hehe.mmg sedap katanya.

    ReplyDelete
  4. hehe.. yaya ikut menderhaka gak ya.. sib baik izah tak pancung kan hehe

    ReplyDelete
  5. @wida : yaya pun 1st time tau kuih nie..

    ReplyDelete
  6. @kak izah : terima kasih utk resepi..sedap sanagt kuih nie..buat pun senang...next time boleh buat lg..

    ReplyDelete
  7. @prince : dah habis dah ...hihihi..

    ReplyDelete
  8. @niena : skang dah tau..boleh la try buat ...^^

    ReplyDelete
  9. @kak nor : hihi...kena jugak menderhaka sikit2 kan...nasib menjadi dan sedap...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post