RESEPI BISKUT BUAH | Assalamualaikum. Biskut buah merupakan biskut kegemaran mak. Selalu sangat mak Yaya buat masa Yaya kecil-kecil. Ni bila anak-anak dah besar, anak-anak la pula yang suka buat biskut. Buat biskut ni seronok. Apatah lagi kalau buat seisi keluarga. Riuh rendah jadinya. Cepat siap biskutnya. Yang tak seronoknya, bila semua dah siap terap, beratur dulang-dulang menunggu nak masuk oven. Maklum ler, oven kecik je. Kalau bakar dalam oven industri cepat je siap kan. Bolah bakar banyak-banyak sekaligus.
Masa jaga oven ni lah semua adik-beradik lesap. Tinggal la sorang yang jadi mangsa. Jadi tukang bakar. Jadi tukang susun biskut dalam bekas. Lagi best jadi tukang cuci pula untuk semua peralatan. Haha. Kesian. Korang pernah jadi mangsa ke? haha.
Oleh kerana mak Yaya ni sorang yang suka sangat memasak, lauk pauk, kek, biskut semua dia pulun. Maka banyak juga la perlatan memasak dia ada. Termasuklah sarang nak buat biskut buah ni. Ada berpuluh-puluh biji dalam simpanan dia.
Jadi, kali ni Yaya buat biskut buah menggunakan acuan. Lupa pula nak snap gambar acuan. Tapi bagaiman bentuk begitulah acuannya. Hihi. Yaya menggunakan resepi dari My Resipi.
Jom semak resepi biskut buah, biskut tradisional.
Jom semak resepi biskut buah, biskut tradisional.
RESEPI BISKUT BUAH
Bahan-bahan Biskut Buah ( anggaran dapat dalam 100 biji )
- 300 gram mentega
- 350 gram tepung gandum
- 150 gram tepung jagung
- 100 gram gula icing
- 1/2 sudu esen vanilla
- 100 gram buah buahan campuran
- 50 gram coklat chips - Yaya tak letak...
- manik warna untuk hiasan - tak guna pun sebab Yaya guna acuan besi..
Cara-cara membuat biskut buah:
- Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama - ketepikan seketika
- Pukul mentega & gula ising hingga kembang
- Masukkan esen vanila ke dalam adunan mentega tersebut
- Masukkan buah buahan campuran (mix fruit) & coklat chips ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh lembut
- Bulatkan doh kecil2 dan masukkan ke dalam cawan kertas
- Hiaskan dengan manik warna - jika suka
- Kemudian boleh lah dibakar pada suhu 150C selama 20-30 min
Rupa biskut buah selepas adunan dipenyek-penyekkan ke dalam acuan. Sedia untuk dibakar.
Biskut buah yang dah siap dibakar. Selamat mencuba.
prince klu tolong makan rajin la..nak buat malas..haha
ردحذفlawa biskut akk,kemas je.mesti sedap ni.
ردحذفfulallamakk.. nampak sedap... leh terai ni... ehhee
ردحذفmacam boleh cuba resepi ni dengan anak-anak nanti
ردحذفsemalam ibu_suri tanya saya, tak beli kuih raya ke?
ردحذفdah lama ibu_suri tak buat kuih. kalau masa sihat dulu, jenuh saya kena pergi kedai beli bahan-bahan dia buat kuih.
sempat bagi pada adik beradik...
Nampak sedap biskutnya.
ردحذفBiasenya tukang bakar tu akn jadi tetap. Yang lain mmg mula2 jer ada...tak pun bila biskut dah siap. Haha.
Wah sedpnya tengok.. Cantik. Je
ردحذفselalu mkn kek buah . rupanya biskut buah pun ada yee
ردحذفelok cantik biskut nie.. selalu tgk resipi kek buah je
ردحذفTak pernah lagi makan biskut buah ni.
ردحذفNamapak menarik sangat biskutnya. Macam first time tengok biskut buah ni.
ردحذفTak pernah makan jugak biskut buah ini. Biasa dengar kek buah je. Nampak menarik biskut buah ini :)
ردحذفTak pernah dengar nama biskut ni. Biasanya kek yang kita dengar pun
ردحذفFirst time tengok biskut buah. Menarik juga ni untuk dicuba.
ردحذف