Puding Keju

Assalamualaikum ....

Terliur tengok puding kak nor.. buat la untuk buka puasa hari jumaat tu ...petang khamis balik keje terus singgah pasar mini kuala terengganu...gi beli serbuk agar-agar dengan biskut keju ..


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz - http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/02/cheese-pudding.html
sumber : K.Nor@SecubitGaram - http://www.secubitgaramnor67.com/2011/07/puding-keju-lapis-coklat.html

BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar - yaya guna 2 bungkus serbuk agar-agar Nona 16 gm
1 liter Air - lebih kurang 5 cawan ... yaya guna 6 cawan
120g Gula - yaya bubuh 5 sudu besar
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus - yaya guna sebungkus
1 sb Tepung Kastad - tak letak..tak sedar dah habis dlm simpanan..huhu..
400ml Susu Cair - susu cair Ideal 1 tin yg 400 gm tu..kalau sukat dalam 350 ml je..sebab tu yaya lebihkan air
200g Susu Pekat - yaya bubuh 4 sudu besar
50g Mentega - yg nie 1 sudu besar...
CARA2: 1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.Masukkan gula .. kacau sehingga sebati. 2. Pukul telur sehingga rata, campurkan biskut , tpg kastad.Masukkan susu .. kacau sebati. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi, tutup api apabila mendidih.Masukkan mentega sehingga sebati. 3. Tuang ke dlm tin/acuan, biarkan sejuk di suhu bilik.Sejukkan sebelum di hidangkan.
sila pusing kepala anda..haha..sorry ye..lup nak rotate pic.. yaya guna serbuka agar-agar nona .. setiap satu tu 8 gm..guna 2 bungkus jadi kena lebihkan air ...  
 biskut keju ...RM2.60 je...kat plastik tulis 180 gm..bila yaya timbang biskut je dalam 200 gm..kompius daku..hikhik..tapi yaya guna semua .. malas nak cari tupperware nak simpan biskut.. jadinya berlaku penambahan air sedikit demi sedikit bila yaya tengok puding sedikit pekat masa dalam periuk tu...
nie la hasilnya....
huhu ... tersangat la comot puding keju daku...rupa mmg fail tapi nasib boleh makan ..hihi .. ^^ yaya tambah coffee emulco .. konon nak buat lapis macam kak nor punya tapi jadi marble la pulak...huhu......  
tengok puding yaya tu yaya yakin korang tak kan terliur ..apa kata korang saksikan sendiri kehebatan Puding Keju Lapis Coklat Versi Kak Nor .. dijamin korang akan telan liur..hahhaa!
 owh... sila tahan selera....

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. suka jugak mkn puding ni..tp bila buat asyik failed jer. mana taknya..tak nak mengikut arahan.suka sgt ejas resepi..hehe.
    jd senang2..beli jer kat kedai kuih gong kapas tu

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post