Mercun oh Mercun ...

Assalamualaikum...

Bila bulan puasa je berdentum-dentum ler bunyi mercun..kat kawasan yaya nie tak payah tunggu bulan puasa, seminggu sebelum ramadhan baru nie dorang dah sibuk main mercun..bukan budak kecik je, bapak budak pun sibuk main...aduhaiiii...maki je ler dalam hati nie...

Wafiq pulak setiap kali bunyi mercun ketakutan semacam..berpeluh budak tu mcm org lepas lari 400m..ada sekali tu sebelum puasa wafiq tengah tido..tiba-tiba bunyi mercun betul-betul depan rumah nie..tersentak dia macam kena sampuk menangis..mr tmfs pun apa lagi..keluar rumah n cakap ngn bapak budak tua bangka jgn la main mercun depan rumah..anak nak tidur...alih alih dia kata mr tmfs samseng dan ajak bertumbuk..mr.tmfs kata aku dah cakap elok-elok tapi kalau nak bertumbuk jugak mari la.. Last bapak budak tua bangka tu blah macam tu je..pastu sempat lagi dia pasang mercun..tak puas hati la tu..patutnya mr.tmfs kena cakap..' tak yah la ajak aku bertumbuk...tulang ko tu dah reput..' doktor tegar la katakan...cucuk badan sendiri...keluar masuk penjara...

Nie bila dah masuk bulan puasa lagi la..dari penjuru mana ntah bunyi mercun..dari setiap pelosok kampung nibong yaya rasa..baru lepas buka kejap dorang dah start main..kita nak kemas nak cuci pinggan pun tak senang..ye la..anak asyik merengek takut...takut...wafiq siap sebut..'mercun bunyi lepongg ibu..kekgi mercun ambik wafiq'....alahai anak ibu....hihi...

 gara-gara bunyi mercun.. tengah syok tengok buku tersentap budak tu ...yaya ingatkan nape la senyap je nie..tertidur ke...pastu dengar dia cakap dibalik buku tu..'ibu..tolong wafiq...tolong wafiq...bunyi mercun...' sekali nak angkat buku tu bukan main payah lagi...dia nak tutup muka dia guna buku tu .. lepas angkat buku tu tengok muka dia berpeluh sakan..mcm lepas mandi...alahai..kesian betul anak daku...fobia bunyi mercun nie...



Nota kaki : bila bunyi bedil relaks pulak budak wafiq tu...agaknya dia dah pandai bezakan bunyi yang ada faedah ngn bunyi sia-sia...kihkih^_^



Sent from Samsung Mobile

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم