Budak Budak Nie Buat Yaya Rasa Nak Amuk !!!

 
Assalamualaikum ...
 
Semalam lepas berbuka kat taman terus ke Masjid Abidin untuk Solat Maghrib seterusnya sambung ke solat terawih...apa yang yaya nak cerita nie yaya rasa semua org lalui..saban tahun mesti macam nie...
 
kat Malaysia nie lazimnya saf kanak-kanak selalunya di bahagian paling belakang..yaya heran sebenarnya...adakah di luar negara pun sama seperti di sini ? mungkin takut putus saf..tapi bukan ke ibu bapa seharunya ajak anak solat disebelah ? bila kita menanggap anak kita masih kecil (walaupun secara fizikalnya begitu) tapi anak-anak kebanyakkannya suka kalau kita menanggap mereka dewasa..tiada beza..tentu mereka lebih rasa dihargai (rasa seperti setaraf orang tua..)..entah la..kita boleh treat diorang solat berjemaah..diorang pun mungkin tak kan buat bising..yela..dikelilingi orang dewasa kan...mungkin yaya silap..siapa ada ilmu tentang nie boleh bg komen...
 
tapi bukan tu yg nak dibahaskan kat sini..cuma nak cerita pasal apa yang berlaku kat masjid semalam ...
 
di bahagian saf paling belakang ada kanak-kanak perempuan berlari-lari..macam main sorok-sorok pun ada..bila ade geng macam tu la...bukan budak kecik..mungkin dalam 11 atau 12 tahun ..dah boleh faham sepatutnya apa yang boleh dan tak boleh buat bila dalam masjid..
 
bila orang sedang solat..boleh je diorang nie melintas dihadapan orang yang sedang solat tu..bergelak ketawa kat belakang .. ibu pulak langsung tak menoleh ke belakang..tak kan tak cam suara anak sendiri..bangun la sekejap bagi warning..ibu dia pun solat saf belakang..tak susah langsung rasanya kalau nak bangun sekejap bg warning kat anak ..tapi..dibiar je anak tu berlari-lari buat bising..
 
kita solat pun tak khusyuk .. kast-last bila selesai solat terawih ada sorang makcik nie sound..
 
'keturunan aku tak de yang berani lintas depan time aku solat!'
 
then..barulah ibu-ibu budak yang buat bising tu sibuk cubit nak mereka..dah selesai solat..tak de gunanya baru nak cubit..bukan baru semalam..14 hari berpuasa budak sama je yang buat bising..
 
ibu ayah dorang tu tak nasihat ke anak diorang kat rumah...bg tahu jgn buat bising..duk senyap-senyap kat belakang..kalau tak nak solat terawih buat keje sekolah diam-diam..yaya tengok buku sekolah bawak..tapi tak sentuh pun...
 
alahai ... salah ibu bapa tak bg nasihat kat rumah ke atau salah budak tu .. mungkin dah bg nasihat tapi degil melampau..kita besarkan mata tapi tak faham-faham...huhu...
 
 
 
 
 
 
 
 

7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. kalau susahkan jemaah nak solat..tinggal je lah budak2 tu kat rumah.

    ReplyDelete
  2. betul-betul.. kadang2 memang geram tengah-tengah sembahyang dorg menjerit..

    tapi tak boleh buat apa lah kan. budakbudak...

    ReplyDelete
  3. budak2 skang ada yg lg mrah, lg dia buat...senang2 tarawih aje kat umah...huhuu

    ReplyDelete
  4. kalau blh ganggu jemaah dari khusyuk solat parent die perlu la tinggalkan kanak2 tersebut dirumah atau sedara mara yg xke masjid berterawih..atau didik la anak elok2 semasa masih kecil lagi..

    ReplyDelete
  5. geram kan kalau macm ni.. xsenang betul

    ReplyDelete
  6. emm..klau bdak tu bising lg mlm ni...ape kate awk sndri jek yg pg tgur bdak2 tu ..biar parents dia tahu yg anak2 dia0rg dah kaco org laen

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post