Resepi : Kek Hawflakes Kukus

Assalamualaikum ...

Berkongsi resepi lagi ..kali nie tak de tutorial .. lupa nak snap pic masa membuatnya ..tu pun mujur ada gambar bila kek dah masak..^^



gambar dari atas la pulak .. tak nampak lapisan ...en suami la yg snap nie...huhu ^^


ulang tayang gambar demi nak tunjuk lapisan ....hihi


senang je buat kek nie..terasa masam-masam hawflakes tu disetiap lapisan..bahan-bahan pun simple je..kalau tak jumpa hawflakes boleh ganti dengan buah prune ...

peringatan dari yaya ...

1) sila sabar semasa proses melapis ...sebabnya...rujuk gambar no.3 ..1st buat yang permukaan hijau tu..tengok lapisan dia...cantik je kan ..kemudian yaya buat lagi satu adunan (kek  yg permukaan kuning tu...) akibat rakus mengejar masa ..lapisan ke dua tak berapa nak masak yang dah tuang lapisan ke tiga .. hasilnya warna bercampur gaul dengan mesranya... ^^

2) untuk dapatkan permukaan yang menarik untuk bahagian paling atas..JANGAN terus susun hawflakes tu selepas tuang adunan terakhir .. kukus sekejap..dalam 4 atau 5 minit ..lepas tu susun hawflakes dan kukus lagi .. baru kek nampak catik dengan hawflakes tersusun..kalau tak jadi macam kek yaya tu..tenggelam timbul hawflakes tu ... ^^ (seni sebenarnya tu....)..nie 1st time buat...jadikan pengalaman ..hihi..

nie la rupa hawflakes yg yaya guna  ... (imej dr google..) .. nama glemer lain adalah GAMBIR ^^


Resepi : Kek Hawflakes Kukus
Sumber : http://tong-gas79.blogspot.com/2011/02/my-kek-lapis-hawflkes-steam-style.html

Bahan-Bahan :

A
5 biji telur – dari peti ais
225 gm gula castor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovelett
½ sudu the garam halus

Semua bahan A dipukul hingga kembang dan berkrim

B
1 sudu teh baking powder
220 tepung gandum

Bahan B boleh diayak dulu kalau rajin

C
150 ml susu cair
100 ml minyak

Cara-Cara :
-Masukkan bahan B dan C berselang seli ke dalam bahan A
-Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan
-Kukus selapis demi selapis..(6-7 minit)..susun hawflakes…
-lapis terakhir biar lama sikit lebih kurang 20-25 minit


selamat mencuba..^^

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. oh..dulu masa kecik2 selalu mkn asam manis masam tu..tp x tau lah pulak namanya hawflakes..hehe

    ReplyDelete
  2. besttt!!!
    lely pernah buat.. tp azab nk tunggu masak lapis- selapis..
    huhuhu.. bohsan nunggu tp makan mauuu.. ;-p

    ReplyDelete
  3. sedapnyeee..tak penah buat tak sanggup nak tunggu.hahaha.

    ReplyDelete
  4. nak buat malas tapi klu mkn mmg nak..hehhe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post